Latest News

Friday 22 July 2016

Benarkah Saman DOJ Amerika Memburu Pencuri Wang 1MDB? PANAS!!! Kepada Jalin Luin, Baca Artikel Ini....

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh Said kata... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

AMERIKA terkenal mencipta sesuatu yang tidak benar kepada sesuatu yang benar. Tahun 2003, Amerika Syarikat menyerang Iraq yang kononnya negara itu menyimpan senjata kimia pemusnah. Kini, semua rakyat dunia tahu bahawa ciptaan Amerika itu merupakan dakwaan palsu.

Amerika tiada rekod dalam membela rakyat negara lain. Bahkan, apa yang ada adalah memusnahkan negara yang mereka tidak suka dan benci! 

Pendedahan terdesak Amerika melalui DOJ (Department of Justice) berkaitan dengan 1MDB, sebenarnya bertujuan mengalih padang kegagalan perisik negara itu dan CIA yang cuba menggulingkan Presiden Turki melalui rampasan kuasa tentera yang gagal. Ini hakikat sebenar yang telah berlaku yang perlu kita sama-sama fikirkan...

DOJ Amerika meminta untuk membuat keputusan agar harta-harta yang didakwa dibeli atau diperolehi dengan menggunakan wang yang dicuri yang kononnya wang 1MDB dirampas yang kemudiannya wang itu akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia melalui 1MDB.

Logiknya jika 1MDB mendakwa bahawa ada wang yang dicuri atau lesap akibat perbuatan pihak-pihak tertentu, maka syarikat itu berhak mendapatkan kembali wang tersebut. Namun, fakta sebenar syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia itu tidak pernah menyatakan baik secara penjelasan akhbar, laporan bertulis, laporan audit atau mana-mana dokumen yang menerangkan bahawa syarikat itu kehilangan wang. Maka, satu tanda tanya bagaimana DOJ sebagai pihak ketiga boleh mendakwa dan mewakili 1MDB untuk memburu wang yang hilang? Pihak 1MDB tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk DOJ Amerika untuk memburu pencuri wang syarikat itu atau membuat laporan pada mana-mana pihak bahawa syarikat itu kehilangan wang.  Satu pertanyaan, mengapa pula DOJ mahu bertindak bagi pihak 1MDB? Fikir-fikirkan...

Benarkah DOJ mewakili rakyat Malaysia? Ataukah tindakan itu hanya satu helah untuk memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri?

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir bersama pembangkang selama 2 tahun mempergunakan 1MDB dengan berbagai dakwaan termasuk tulisan berkala Sarawak Reports dengan menyebut angka-angka berkaitan dengan 1MDB. Kini, semua angka-angka yang disebut atau ditulis oleh Sarawak Reports, Tun Mahathir serta pembangkang telah disalin mentah-mentah oleh DOJ Amerika. Secara logiknya, apa sebenarnya yang telah berlaku? Yang berlaku adalah satu konspirasi terancang bagi menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokrasi.

Pendedahan DOJ pada Rabu lalu, sebenarnya ulangan daripada laporan-laporan Sarawak Reports, The Wall Street Journal, The Age dan portal-portal pembangkang sejak 2 tahun lalu. DOJ bertindak sebagai badan terakhir bertindak sebagai pengesah kepada semua laporan dan dakwaan tersebut. Tujuannya, agar rakyat Malaysia yakin dan percaya bahawa semua laporan dan dakwaan pembangkang keseluruhannya adalah benar-benar belaka.

Memang nama Dato' Seri Najib Razak tidak disebut secara spesifik melainkan hanya menyebut “The Real Malaysian Offical 1”. Tujuannya tidak lain agar semua pihak membuat spekulasi. Apabila di mahkamah, pihak DOJ akan berdalih bahawa agensi itu tidak menyebutpun nama Dato' Seri Najib Razak, kenyataan itu terbukti melalui pengakuan Peguam Negara Amerika, Loretta E. Lynch apabila ditanya wartawan semasa sidang akhbar pada Rabu itu, langsung menjawab bahawa mereka langsung tidak merujuk kepada Dato' Seri Najib Razak. Kalaulah pihak DOJ mempuyai bukti yang mengarah kepada salah laku, sudah tentu mereka tidak teragak-agak menamakan Dato' Seri Najib Razak.

Sebenarnya, saman DOJ yang menyebut nama-nama Riza Aziz, anak tiri Dato' Seri Najib Razak, Jho Low dan dua mantan pengarah syarikat Abu Dhabi adalah kerana nama-nama itu mempunyai kepentingan pada harta-harta yang dibeli di Amerika Syarikat. Pihak DOJ perlu membuktikan di mahkamah Amerika Syarikat (United States Courts) bahawa harta-harta yang dibeli atau diperoleh oleh para individu itu merupakan wang yang dicuri daripada 1MDB. Satu persoalan, bagaimana pihak DOJ memaksa 1MDB bahawa wang syarikat itu dicuri? Sedangkan hakikatnya, tidak ada wang yang hilang! Inilah konspirasi jahat yang sedang dilakukan...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook