Latest News

Monday 11 July 2016

BIASALAH Dakwaan Semata-Mata Mencari Perhatian

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Maklumat bisnes kayu balak dan bisnes pasir pemimpin UMNO-BN Sabah... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

DALAM politik, kalau mahu mencari nama, maka perlu berani membuat dakwaan kepada pemimpin utama. Tujuannya, agar mendapat perhatian kerana manalah tahu, pemimpin utama itu mengatur sesuatu untuk mendiamkan si pengkritik itu. Sebenarnya, itulah matlamat utama pemilik facebook itu (Jufazli) kerana melalui berbagai kaedah semua tindakannya tidak mendapat perhatian termasuklah kalah teruk semasa bertanding Parlimen Belia. Bikin malu!

Tidak salah bertanding dalam pilihan raya termasuk menentang Ketua Menteri di DUN Libaran kerana dalam sistem demokrasi, tidak ada larangan untuk bertanding termasuklah bekas banduan. Namun, niat bertanding melalui berbagai dakwaan fitnah dan memburuk-burukkan sebenarnya bukan cara demokrasi tetapi tindakan bajet yang perlu ditolak. Dalam dunia politik, tiada sesiapapun yang mempunyai rekod menang dalam pilihan raya kerana mempergunakan dakyah fitnah dan dakwaan-dakwaan palsu termasuk memburuk-burukkan pihak yang dilawan.

Cara pemilik facebook tersebut memperkenalkan dirinya bukan sahaja membawa imej buruk kepadanya, malah tidak akan mendapat sokongan atas sebab dia sendiri telah mempamerkan perilakunya sebagai manusia yang berhati busuk. Dalam dunia politik, apa yang dinilai adalah perjuangan betul, ikhlas dan berjuang untuk kebenaran.

Cara pemilik facebook tersebut seperti akan ikut jejak langkah Doris Jones yang hanya mampu mempengaruhi tidak sampai 10 individu di alam maya dan akan terus syiok sendiri. Sayang sungguh, tindakan anak muda ini mempergunakan ilmu yang ada melalui jalan sempit yang tidak berpaksi kepada dunia nyata.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook