Latest News

Wednesday, 27 July 2016

Buatlah Laporan Pada Majlis Daerah Putatan atau Penampang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sekejap hari lagi akan tiba 53 tahun ulangtahun kemerdekaan Sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Sekejap hari lagi akan tiba 53 tahun ulangtahun kemerdekaan Sabah... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)

JANGAN hanya bercakap melalui facebook! Buatlah laporan pada pihak-pihak yang bertanggungjawab sebabnya pembaca facebook bukanpun terlibat dengan pemantauan kerja-kerja pembersihan longkang kecuali pemilik facebook tersebut. Melalak melalui facebook, tidak akan menjadikan longkang itu bersih.

Hantarlah gambar-gambar yang diambil ke majlis-majlis kerajaan tempatan. Mereka akan sangat berterima kasih kerana ada pihak yang membantu kerja-kerja mereka.  Sebenarnya, tindakan pemilik facebook itu sudah betul namun hanya salah tempat.

Sebaiknya, hantarlah gambar-gambar atau keluhan anda di pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kalau boleh serahkan juga nama kontraktor yang dimaksudkan supaya pihak-pihak berkuasa tahu bahawa kontraktor yang mereka lantik bermasalah atau tidak berkemampuan. 

Adalah menjadi tugas semua pihak membantu pihak-pihak majlis daerah atau tempatan kerana tanpa kerjasama semua pihak, maka kejadian seperti mana ditunjukkan melalui gambar-gambar tersebut akan berlaku. 

Apabila pemilik facebook itu membaca ulasan ini adalah diminta untuk terus menghantar gambar-gambar itu di pihak yang berkenaan agar tindakan segera dapat dijalankan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook