Latest News

Thursday 28 July 2016

Dato' Seri Najib RAZAK VS LIM Guan Eng


HAMPIR 2 tahun, mereka yang mahu Dato' Seri Najib Razak meletak jawatan telah mencipta berbagai dakwaan namun tiada sebarang kes yang membolehkan pihak pengamal undang-undang merumuskan satu kesalahan yang membolehkan mereka menghadapkan Perdana Menteri keenam itu ke mahkamah.

Apa yang berlaku adalah perbicaraan media dan mereka yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan menjadi penyiasat, pendakwa raya dan hakim di mahkamah terbuka sehinggakan mereka membuat kesimpulan sendiri bahawa Perdana Menteri bersalah.

Sementara Lim Guan Eng, sebelumnya begitu garang menyerang Perdana Menteri, kononnya menyalahgunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya telah melesapkan wang 1MDB dan kemudiannya wang itu berakhir ke akaun peribadi.

Di tengah kegarangan Guan Eng itu, pada akhir bulan Jun, beliau dihadapkan ke mahkamah atas dua (2) kesalahan rasuah. Dalam pertuduhan itu, belum lagi masuk isu RM305 juta yang dibayar kepada satu syarikat kononnya menjalankan “preliminary study” untuk sebuah terowong menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar Semenanjung.

Bagi mereka yang mahu Dato' Seri Najib Razak meletakkan jawatan memandangkan pendakwaan kepada Guan Eng bermotifkan politik, sedangkan semua pihak tahu bahawa kes Guan Eng lebih jelas dan “straight forward” berbanding kes mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo (Khir Toyo). Kita juga semua tahu bahawa Khir dijatuhi hukuman satu tahun.

Melihat kepada keputusan yang dikenakan kepada Dr. Khir Toyo, Guan Eng yakin, bahawa beliau akan didapati bersalah apabila perbicaraan penuh berakhir. Atas sebab itu, beliau mahu mengheret rakyat Pulau Pinang membelanya. Sandiwara pertama beliau adalah melalui gerakan meminta derma daripada penyokong DAP membayar wang jamninan sebanyak RM1 juta kepada mahkamah. 

Dalam usaha mengheret rakyat Pulau Pinang, Ketua Menteri itu berhasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-14.  Untuk makluman, Pulau Pinang mempunyai 40 DUN - 19 DAP, 10 PKR, 10 BN dan 1 PAS. Walaubagaimanapun, hasrat Guan Eng itu belum mendapat persetujuan daripada PKR.  Sebelum ini, PAS telah menyatakan akan bertanding 40 kerusi DUN jika Guan Eng membubarkan DUN Pulau Pinang.

Berlainan dengan Dato' Seri Najib Razak, beliau tidakpun didapati melakukan sebarang salah laku dalam segi undang-undang. Apa yang ada adalah tindakan berbagai pihak untuk memalitkan imej buruk. Tindakan DOJ Amerika bermula 20 Julai lalu, sebenarnya adalah copycat apa yang dilakukan oleh 'Kumpulan Anti Najib'. Semua laporan atau pendedahan yang direka adalah tidak berpaksi kepada fakta benar.

Kad terakhir kumpulan Anti Najib yang menggunakan DOJ Amerika supaya para pemimpin kerajaan atau penyokong kerajaan berpaling tadah! Harapan mereka itu ternyata meleset kerana akibat tindakan DOJ Amerika itu menjadikan para pemimpin BN merapatkan saf dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.

Kini, apabila mengetahui bahawa melalui tindakan DOJ Amerika mereka tidak akan berjaya, maka Sarawak Reports, agen mereka dalam memyebar dakyah membuat satu laporan baharu kononnya bersumber daripada pendedah maklumat rasuah dengan menyatakan bahawa satu projek keretapi di Pantai Timur Semenanjung bakal diberikan kepada satu syarikat China dengan kos RM60 bilion yang mana kos itu ditambah RM23 bilion kerana menurut laporan itu, kos sebenar hanya RM27 bilion. Perbezaan kos kononya adalah untuk menutup wang 1MDB yang lesap.

Nampaknya, kumpulan Anti Najib tidak akan berhenti selagi tujuan mereka tidak tercapai. Bagi mereka, hanya melalui peletakan jawatan Dato' Seri Najib Razak daripada jawatan mengendurkan tindakan mereka.

Nampaknya juga, kerajaan dan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak akan terus dihujani berbagai dakwaan untuk memalitkan imej buruk setidak-tidaknya sehingga PRU-14.

Para pemimpin BN, khususnya mereka yang mempunyai kedudukan perlu penumpuan dan fokus untuk memberi penjelasan atau menangkis semua dakwaan-dakwaan kerana kumpulan Anti Najib akan terus mengulang-ulang cara yang sama seperti mana dilakukan perang Nazi pimpinan Hitler, di mana cerita tidak betul akan dijadikan betul apabila diulang-ulang sehingga diterima rakyat sebagai realiti. Juga, adalah contoh yang dilakukan Amerika di Iraq berkaitan senjata pemusnah kimia sehingga Amerika dan sekutunya dapat menyerang negara itu pada tahun 2003 dengan membunuh Saddam Hussien dan akhirnya kini semua penduduk dunia tahu bahawa dakwaan senjata kimia pemusnah hanya auta dan rekaan semata-mata. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook