Latest News

Saturday 30 July 2016

Datuk Seri Salleh Said Keruak Dilantik Sebagai BENDAHARI UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PEMIMPIN SABAH MEMANG HEBAT... Oleh FB John Charles Mitah Mikat

JAWATAN Bendahari UMNO adalah atas lantikan Presiden dengan persetujuan Majlis Teringgi. Jawatan bendahari dalam sesebuah parti politik bukanlah mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Apabila ada bukan ahli parti atau penyokong parti memberi komen berkaitan pelantikan Salleh sebagai Bendahari UMNO yang baru, kononnya atas asas membodek, mengipas dan angkat kaki, sebenarnya  mereka yang membuat dakwaan ini langsung tidak faham bagaimana berorganisasi. Atas sebab itu, mereka ini bagaikan seekor anjing yang bermain dengan ekornya, yakni tidak sampai ke mana-mana dan hanya berpusing-pusing di tempatnya sendiri.

Prinsip berorganisasi antara lain terdapatnya kerjasama tuntas antara ketua dan berbagai saf kepimpinan dan senantiasa bekerja berpasukan bagi mencapai matlamat. Namun, bagi mereka yang tidak faham apa itu berorganisasi, maka melihat apabila individu dalam kepimpinan menegakkan tindakan kepimpinan ertinya apa yang dilakukan kepimpinan itu adalah tindakan betul sesuai dengan arah tuju organisasi yakni dalam perkara ini adalah parti UMNO itu sendiri.

Di Malaysia, hanya mereka yang menentang UMNO melihat adanya kepincangan dalam kepimpinan parti itu. Hanya mereka yang mahu mengalahkan UMNO melihat bahawa kepimpinan UMNO mempunyai kelemahan, sedangkan seluruh saf kepimpinan dan majoriti ahli melihat sebaliknya. Mengapa demikian? Sebabnya, mereka yang bukan ahli dan penyokong tidak tahu dasar dan hala tuju parti. 

Mereka-mereka yang anti UMNO, tidak dapat mengutarakan apa-apa berkaitan parti yang mereka sokong kerana memang tiada yang perlu dibanggakan. Atas sebab itu, mereka membuat berbagai dakwaan berkaitan parti termasuk para pemimpinnnya dengan harapan ada ahli yang terpengaruh. Malang sungguh, mereka tidak akan berjaya kerana parti mempunyai mekanismenya sendiri bagaimana ahli dan penyokong akan kekal senantiasa bersatu, bagaikan aur dengan tebing.

Melakukan dakwaan terhadap Datuk Seri Salleh Said Keruak hanya menjadi buih-buih laut atau hanya seperti mencurah air di daun keladi dan tidak berbekas kepada ahli dan penyokong parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook