Latest News

Monday 11 July 2016

Datuk Seri Shafie Apdal Keluar Umno, APA KATA Datuk Seri Musa Aman?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) nampaknya semakin ramai ahli BN UMNO... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Musa Aman dan Najib ada kiriman daripada-ku kumaa-nu... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(iii) keluar kerana takut dituduh bersekongkol... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PRINSIP yang dipegang para pemimpin parti UMNO adalah 'pemimpin datang dan pergi' manakala parti itu perlu kekal selama-lamanya. Demikianlah juga prinsip Datuk Seri Musa Aman berkaitan dengan pengumuman mantan Naib Presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar daripada parti.

Sebagai catatan, sebelum Shafie mengumumkan keluar daripada parti, Ahli Parlimen (MP) Semporna itu terlebih dahulu telah digantung keahliannya daripada parti.

Sebenarnya, Shafie tiada pilihan dan beliau perlu keluar daripada parti atas sebab masa depannya dalam parti sudah tiada. Penggantungan beliau daripada parti sebenarnya mengarah kepada pemecatan. Pemecatan yang tertangguh hanya kerana laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti yang belum lengkap.

Ahli UMNO memang tahu, kemenangan Shafie menduduki jawatan Naib Presiden hanya kerana sokongan padu para pemimpin UMNO Sabah termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kepada beliau selain keinginan Presiden Parti agar ada pemimpin parti kanan daripada Sabah bagi menduduki jawatan Naib Presiden parti. Atas sokongan padu itu, maka Shafie mendapat urutan kedua Naib Presiden parti. Memandangkan tindakan peribadi Shafie yang mengecam kepimpinan parti yang pernah membantu beliau menduduki Naib Presiden, maka sokongan daripada para pemimpin yang menyokong beliau menarik balik sokongan tersebut. Berasaskan kepada keadaan itu, Shafie sebagai individu telah merasakan bahawa beliau akan kehilangan kedudukan dalam parti. Oleh kerana keadaan itu, maka ianya lebih baik keluar daripada parti setidak-tidaknya pada diri sendiri boleh menganggap ianya merupakan tindakan terpuji.

Majlis Tertinggi parti termasuk para pemimpin sudah lama memperkirakan bahawa Shafie akan keluar daripada parti memandangkan tindak-tanduknya yang ingin menjahanamkan parti. Apabila beliau keluar, rata-rata pemimpin parti menyambutnya sebagai tidak mengejutkan malah ianya sudah dijangka. Berhubungan dengan segelintir ahli parti yang turut sama keluar termasuk Naib Ketua Bahagian Semporna yang juga ADUN Sulabayan, Dato' Jaujan Sambakong, ianya juga memang diramal kerana Jaujan tiada rekod sebagai pejuang parti melainkan penyertaannya dalam parti hanya untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan. Manakala ahli-ahli yang turut sama keluar, sebenarnya, bukan ahli asal parti UMNO, mereka itu semuanya adalah ahli parti lawan yang menyeberang ke parti UMNO semata-mata untuk mendapatkan habuan peribadi. Seperti kata Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Ariffin Arif, dengan keluarnya mereka itu, maka setidak-tidaknya parti mengurangkan ahli 'gunting dalam lipatan'.

Telah diakui bahawa kekuatan sesebuah parti sangat dipengaruhi oleh penyokong tegar dan parti akan menjadi lemah kerana kehadiran mereka yang bertindak sebagai duri dalam daging.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook