Latest News

Tuesday 26 July 2016

Disebalik Tindakan Shafie Menyalahkan Musa... Panas!!


PADA 4 Julai di Semporna, di depan  penyokongnya yang dibayar, kononnya beliau digantung daripada UMNO sempena mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT UMNO) parti atas desakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan disokong oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan. 

Shafie, bertindak 'kamikaze' kerana menentang kepimpinan parti untuk satu matlamat mahu menggulingkan Perdana Menteri dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri akan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan baru. 

Shafie, bertindak atas kehendak nafsu sendiri dan bukannya atas nama membela rakyat atau parti.  Apabila gagal memenuhi kehendak nafsu, 'boleh-boleh' pula menyalahkan orang lain. Rakyat boleh menilai sendiri jenis kepimpinan yang ada pada MP Semporna itu.

Hanya Shafie tidak mengakui, sedangkan semua rakyat tahu, beliau bukan pemimpin yang lahir atas sebab ketokohannya di mana beliau terlahir atas sebab oleh sebuah parti, iaitu parti UMNO.

Untuk tatapan rakyat, sebelum UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991, tidak ada yang mengenali beliau.  Nama beliau muncul atas sebab Tun Sakaran Dandai (Ayahandanya). Rakyat mengenal beliau kerana menumpang “tui” pada orang lain.

Shafie terlupa kedudukan beliau ditentukan oleh rakyat yang menyokong parti. Ini kerana sokongan kepada parti, maka beliau diberikan peluang menduduki berbagai jawatan parti dan kerajaan. Selama lebih 20 tahun mewakli parti dengan harapan membawa suara rakyat, namun apa yang beliau lakukan hanya memenuhi kepentingan sendiri, memperkaya diri sendiri, memperkaya kroni dan memperkaya pemodek sungguh jauh sekali membawa suara rakyat majoriti. 

Selama lebih 20 tahun berkhidmat di peringkat Persekutuan, tidak terdengarpun sepatah perkataan bahawa beliau berjuang untuk rakyat Sabah. Kini, rasa pelik bagaiamana beliau boleh mengeluarkan kenyataan selepas lebih 20 tahun berada di Kuala Lumpur, kononnya beliau berjuang untuk rakyat Sabah.

Shafie dengan kedudukan sebagai menteri kanan khususnya jawatan terakhirnya sebagai menteri KKLW, apakah ada rekod beliau melantik agensi kerajaan negeri  sebagai  pelaksana projek di bawah seliaan kementerian itu? Jawapannya KOSONG besar. Apa yang ada adalah melantik syarikat-syarikat kroni sehingga menyebabkan beberapa projek untuk kepentingan rakyat terbengkalai. Ini kisah benar!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook