Latest News

Monday 4 July 2016

Gaji Minima Sektor SWASTA Berbeza MENGAPA?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kasi Sabah tu 80% ROYALTI lah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

ASAS penentuan gaji minima adalah terletak kepada kemampuan pembayaran oleh syarikat-syarikat swasta. Melalui penyelidikan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi Sabah dan Sarawak, kemampuan syarikat-syarikat hanya pada batas RM920 manakala di Semenanjung RM1000.  Pelaksanaan gaji minima adalah untuk syarikat-syarikat swasta dan bukannya untuk agensi atau jabatan kerajaan kerana untuk agensi dan jabatan kerajaan, semua peringkat gaji bagi kakitangan adalah sama di seluruh negara.

Kerajaan terpaksa menjadikan satu peraturan baru agar gaji minima di Sabah dan Sarawak pada kadar RM920 berikutan banyak sangat syarikat-syarikat di dua negeri itu meletakkan gaji di bawah kadar tersebut. Malah, ada yang membayar RM300 sebulan! Oleh kerana kerajaan menguatkuasakan gaji minima, maka jika ada pekerja yang dibayar kurang daripada RM920, maka boleh mengadu atau membuat aduan kepada kerajaan. Tetapi, apa yang diketahui sebelum majikan atau syarikat mengambil pekerja, mereka memberi persyaratan kepada bakal pekerja bahawa syarikat hanya mampu membayarkan gaji sebagai misalannya sebanyak RM500 sebulan. Jika mahu, maka akan diterima dan jika tidak, maka pekerja tidak akan dilantik. 

Para majikan, mampu berbuat demikian atas sebab kurangnya persaingan mendapatkan buruh atau pekerja ekoran peluang pekerjaan  yang terhad.

Berkaitan gaji minima, jangan ada rakyat yang menuding jari kepada kerajaan lagi kerana kerajaan sudah berusaha membantu bakal-bakal pekerja dengan gaji minima. Namun, masih ada bakal-bakal pekerja yang sanggup menerima gaji lebih rendah berbanding gaji minima hanya kerana mahu ada pendapatan.

Sebenarnya, asas gaji minima boleh diperkenalkan atas sebab jumlah pencari kerja lebih ramai berbanding tawaran atau peluang pekerjaan. Adalah satu cabaran bagi kerajaan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baharu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook