Latest News

Friday 22 July 2016

Hanya UMNO Boleh Desak Dato' Seri Najib Razak LETAK JAWATAN...


SEJARAH politik tanah air menunjukkan penggantian Perdana Menteri hanya boleh dilakukan atas kehendak parti UMNO, bukannya kehendak di luar itu. 

Tindakan Department of Justice (DOJ) Amerika pada Rabu lalu, bagi memulakan tindakan sivil bagi beberapa harta individu yang dikatakan menggunakan wang 1MDB yang dicuri, belum mempunyai kepastian apakah berjaya atau tidak. DOJ bertindak atas aduan pihak ketiga yang tiada kaitan dengan kerajaan Malaysia mahupun 1MDB.

1MDB dalam beberapa penjelasan tidak pernah menyatakan telah kehilangan wang dan sebagai tambahan, syarikat milik Kementerian Kewangan itu tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitan harta-harta yang disebutkan.

Sebenarnya, dalam tempoh dua tahun pihak pembangkang dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menjadikan 1MDB sebagai alat untuk memesong fikiran rakyat seolah-olah syarikat itu digunakan untuk merompak wang negara.

1MDB yang ditubuhkan pada tahun 2009 hanya bermodalkan RM1 juta daripada kerajaan. Kalau dilihat secara sepintas, bagaimanakah sebuah syarikat yang hanya bermodalkan RM1 juta boleh beroperasi? Oleh kerana keyakinan para institusi kewangan kepada pelan perniagaan syarikat itu, maka ianya mampu memberi kepercayaan meminjam sehingga RM42 bilion iaitu 42 ribu kali ganda daripada modal asal.  

Melalui laporan audit syarikat itu sehingga tahun 2014, tidak menunjukkan sebarang wang syarikat itu telah lesap atau hilang. Mengapa hanya hingga tahun 2014 telah menjadi perhatian? Sebabnya, seluruh transaksi syarikat itu berlaku sehingga tahun 2013. Tranasksi pembelian harta termasuk IPP atau tanah di Pulau Indah, Selangor, Ayer Hitam Pulau Pinang dan usaha sama dengan IPIC, Abu Dhabi semuanya berlaku antara tahun 2009 hingga 2013. Ini bererti melalui laporan audit yang berakhir pada 2014 telah mencakupi kesemua transaksi termasuklah aliran kewangan syarikat itu.

Oleh kerana berbagai dakwaan berkaitan syarikat itu, maka agensi-agensi kerajaan termasuk PAC, Dewan Rakyat menjalankan siasatan. Semua laporan berkaitan syarikat itu termasuk laporan PAC telah siap, malah laporan PAC telah dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan akan dibahas pada persidangan akan datang.

Sehingga kini, melalui siasatan dan laporan rasmi, tidak disebutkan adanya wang 1MDB yang telah hilang atau lesap. Perbelanjaan hasil pinjaman syarikat itu digunakan sesuai dengan tujuan pinjaman itu. Atas sebab itu, Peguam Negara memutuskan bahawa tiada salah laku yang berlaku pada syarikat tersebut. 

Apa yang berlaku pada syarikat tersebut adalah kelemahan perniagaan iaitu kekurangan aliran tunai untuk membayar faedah pinjaman atau pinjaman jangka pendek. Keadaan itu berlaku disebabkan oleh terganggunya penerbitan IPO (terbitan awam) syarikat itu sehingga mempengaruhi aliran tunai syarikat tersebut.

Banyak pihak mengharapkan melalui tindakan DOJ Amerika, kerajaan Malaysia umumnya dan Perdana Menteri khasnya akan memidas tindakan itu. Apa yang memperanjatkan pihak yang menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam adalah kenyataan Perdana Menteri yang sanggup bekerjasama dengan semua pihak termasuk DOJ Amerika untuk mengenal pasti dakwaan atau aduan berkaitan 1MDB. Kerajaan Malaysia berharap agar siasatan yang telus dijalankan termasuk memberi ruang seluas-luasnya kepada para individu yang dihubungkan dengan dakwaan itu untuk membela diri bagi mereka di mahkamah terbuka kelak. Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri sudah acap kali berkata, sebarang salah laku tidak akan mendapat perlindungan!

Waktu akan menentukan apakah adanya salah laku berkaitan 1MDB di Amerika atau sebaliknya. Ini kerana pihak-pihak berkuasa  di Malaysia telah membuktikan seperti mana dibuktikan melalui laporan PAC Parlimen, yakni tidak ada salah laku berlaku dalam syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook