Latest News

Friday 15 July 2016

ISU BERBANGKIT ISU PEMISAHAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cara terbaik untuk menghentikan... Oleh FB Wilfred Katinggang (screenshot) (screenshot)

ISU berpisah bagi Sabah dengan Malaya bukan perkara baru. Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia lagi, mereka yang tidak mahu bergabung mewariskan emosi dan pendirian itu kepada anak dan cucu mereka. Demikian juga mereka yang mahu bergabung mewariskan semangat itu kepada anak dan cucu mereka.

Sistem demokrasi digambarkan melalui jumlah terbanyak atau majoriti. Pewaris kepada penyokong pembentukan Persekutuan Malaysia, lebih ramai berbanding dengan pewaris yang anti penggabungan. Atas sebab itu, setiap pilihan raya parti yang bersetuju dengan Persekutuan Malaysia disokong dan membentuk kerajaan.

Mereka yang mewarisi anti penggabungan kini mempergunakan berbagai cara sama ada melalui parti politik mahupun media sosial untuk mempengaruhi rakyat agar bersetuju dengan mereka berpisah daripada Persekutuan.  

Oleh kerana mereka yang mewarisi penggabungan dengan Persekutuan memahami matlamat itu, maka atas sebab itulah muncul mereka yang memperjelaskan maksud dan niat mereka itu. Sebagai misalnya, laman sesawang www.fitnahsabah.com dengan konsisten memberi penerangan kepada pengguna media sosial berkaitan dengan niat pewaris anti penggabungan atau anti Persekutuan. 

Sebenarnya, mereka yang anti persekutuan atau anti penggabungan mempunyai matlamat sendiri. Sementara rakyat yang pro Persekutuan juga mempunyai matlamatnya sendiri. Hakikatnya, penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia banyak membawa manfaat kepada rakyat Sabah secara umumnya. Manfaat dari segi jumlah pasaran, pendidikan, peluang pekerjaan, peluang tempat tinggal dan sebagainya. Alangkah beruntungnya rakyat Sabah apabila bebas untuk tinggal di mana sahaja di Malaya daripada Perlis hingga ke Johor tanpa persoalan. Rakyat Sabah bebas bekerja di Malaya dan bebas membeli harta di Malaya. Ertinya, kalau dilihat secara makro, penggabungan Sabah dengan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia lebih menguntungkan rakyat Sabah berbanding kerugian. Namun, bagi mereka yang anti penggabungan, tidak mahu melihat itu sebabnya mereka lebih cenderung agar rakyat Sabah berada dalam keadaan daif dan seperti 'katak di bawah tempurung'. Atas sebab itu, parti atau pemimpin yang memperjuangkan pemisahan hanya mendapat sokongan daripada mereka yang kurang terdedah. Manakala rakyat yang sudah terbuka terus menyokong pemimpin atau parti yang pro Persekutuan Malaysia.

Mereka yang memperjuangkan pemisahan mendakwa bahawa Malaya menganak tirikan rakyat Sabah. Namun, kalau dilihat pada kenyataannya tidaklah sedemikian. Sabah diperintah oleh rakyat Sabah, semua tanah atau hasil Sabah adalah hak Sabah kecuali dalam soal-soal minyak dan gas, di mana Sabah dibayar sesuai dengan perjanjian industri minyak. Sabah dibayar 5% daripada hasil pengeluran minyak dan gas tanpa belanja kerana semua kos cari gali ditanggung sendiri oleh syarikat carigali minyak yakni dalam hal ini adalah Petronas.

Sudah tiba masanya mereka yang anti Persekutuan menyedari bahawa perjuangan mereka tidak akan ke mana-mana kerana selagi sistem demokrasi diamalkan, maka mereka itu selamanya tidak akan mendapat sokongan. Ironinya, mereka yang anti Persekutuan sebenarnya mendapat peluang daripada kewujudan Persekutuan. Oleh kerana mereka ini sebenarnya mempunyai hartanah di Malaya dan sebahagaian besar daripada mereka bekerja di malaya malah jarang sekali kembali ke Sabah, mereka ini hanya mempergunakan berbagai cara termasuk media sosial yang kononnya mereka anti Malaya. Tetapi keadaan sebenarnya mereka bekerja dan tinggal di Malaya. 

Seperti Doris Jones, bukanlah tinggal di Sabah akan tetapi di London dan juga bukannya rakyat Sabah atau Malaysia. Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook