Latest News

Wednesday 20 July 2016

ITU Lori Angkat Balak, Mengapa Hanya Cakap Melalui Facebook?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Datuk ini mahu jadi bapa kayu balak negeri Sabah atau mahu jadi bapa pembangunan negeri Sabah … Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot) (screenshot) (screenshot)

KALAU memang merasakan bahawa kayu-kayu yang diangkut itu kayu balak haram, mengapa tidak buat laporan pada polis atau SPRM? Mengapa menggunakan facebook yang tidak mampu berbuat apa-apa? Fikir-fikirkan...

Takkan hanya seorang sahaja di Sabah ini tahu undang-undang dan orang itu adalah pemilik akaun facebook tersebut yang kononnya mewakili pemuda Sabah. Sebenarnya, para pemuda Sabah sangat marah kerana pemilik akaun facebook itu mendakwa mewakili pemuda, sedangkan tidak ada seorangpun pemuda yang menjadi pengikut atau sependapat. Mereka yang seolah-olah mengaku pengikut adalah pemilik akaun facebook itu sendiri. Pemilik akaun facebook itu menggunakan dummy atau palsu dan memberi komen atau “like” posting tersebut yang kononnya menyokong posting itu.

Rakyat Sabah tahu kayu-kayu yang diangkut adalah milik pemilik tanah. Kayu-kayan itu tidak boleh keluar daripada lokasi tanpa mendapat “cop” daripada Jabatan Perhutanan Sabah. Jabatan Perhutanan Sabah melaksanakan inventori di lokasi di mana kayu itu ditumbang, bukannya di jalan raya. Apabila kayu-kayan itu sudah berada di atas lori dan dilihat oleh pemilik akaun facebook itu, maka kayu-kayan itu sudahpun dibenarkan diangkut oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Begitu pendeknya akal pemikiran pemilik akaun facebook itu aka si Jufazli, tidak terfikir bahawa kayu-kayan yang ditumbang adalah berasaskan lokasi dan kayu-kayan yang ditumbangkan diletak pada satu tempat yang dipanggil “log pond”. Di log pond inilah Jabatan Perhutanan Sabah menjalankan inventori dan pengecapan, bukannya mengejar lori yang berada di jalan raya. Apabila seseorang mempunyai akal yang mandul, maka tidak mampu lagi berfikir dan seterusnya berhujah merasakan dialah yang bijak dan pandai sedangkan pihak lain yang membaca dan melihat mengesahkan bahawa pemilik facebook itu sebenarnya seseorang yang kurang akal. Atas sebab kurang akal, maka dia dibiarkan membuat “updating” di facebook tanpa gangguan. AFS memberi respon agar supaya pengguna maya (netizen) maklum bahawa pemilik facebook itu adalah seorang yang agak gila dan kurang siuman!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook