Latest News

Monday 4 July 2016

JAWAPAN Dakwaan Seratus Ahli UMNO Kinabatangan Keluar Parti

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Si abung cakap urang yang keluar parti ni buduh-buduh... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

MEMANG diakui bahawa ada ahli parti UMNO yang bertindak seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'pengacau dalam parti'. Kehadiran mereka ini dalam parti bukanlah memperkuatkan parti akan tetapi melemahkan parti. Kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, berkaitan ada beberapa ahli UMNO yang keluar di bahagian Kinabatangan, kononnya kerana protes atas keputusan Majlis Tertinggi UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal adalah terdiri daripada ahli-ahli parti yang senantiasa membuat kacau dalam parti serta bertindak sebagai gunting dalam lipatan.

Keluarnya mereka daripada parti sebenarnya dialu-alukan dan atas sebab itu, Bung Moktar mengalu-alukan mereka keluar.

Bung Moktar merupakan Ketua Bahagian parti UMNO Kinabatangan, seorang ahli politik yang berpengalaman. Malah, mengetahui setiap orang pengundinya di Kinabatangan. Beliau tahu benar setiap ahli partinya maka atas sebab itu, kenyataan beliau menyambut baik keluarnya beberapa orang tersebut sebenarnya untuk kepentingan parti UMNO di kawasan itu. Adalah tidak logik mempunyai ahli yang senantiasa bertindak sebagai 'duri dalam daging'.

Kawasan Kinabatangan merupakan wilayah parti UMNO kerana kawasan itu salah satu kawasan tertua dimenangi parti UMNO selain Kota Belud dan Semporna sejak parti UMNO bertapak di Sabah pada tahun 1991.

Bung Moktar tahu apa yang berlaku di Kinabatangan dan orang yang tidak ada kena-mengena dengan kawasan itu seperti pemilik facebook itu, hanya berdolak dalik berkaitan cerita yang dia sendiri tidak tahu dan tidak ada urusannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook