Latest News

Tuesday 12 July 2016

JAWAPAN DEMAND RM30b FROM FELDA: Geran Komunal, Hasil Kos & Obligasi Peneroka

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya Setuju dengan Tan Sri Harris Salleh bahawa ... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(ii)  Bila kerajaan terlalu lemah dan boleh... Oleh FB Noor Halim Zaini (screenshot)

DUA tahun lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pernah menyatakan bahawa asas kepada pengubahsuaian pemberian geran tanah individu kepada geran komunal adalah supaya individu yang diberikan geran tidak menjual tanah yang diberikan oleh kerajaan. Menurut rekod, sebanyak 1.4 juta  atau hampir 3 juta ekar tanah yang diberikan secara individu telah bertukar tangan atau telah dijual kepada pihak lain.

Cuba ambil senario tersebut untuk tanah rancangan FELDA di Lahad Datu dan Tawau yang hanya berkeluasan 300,000 ekar. Jika FELDA tidak mengambil inisiatif agar peneroka diberi hak mutlak ke atas tanah yang diusahakan, besar kemungkinan tanah-tanah tersebut sudah menjadi milik ladang-ladang swasta besar oleh kerana pemiliknya sudah pasti menjual lot masing-masing untuk mendapatkan wang cepat dan segera.

Sebenarnya, cara FELDA itu betul, hanya yang silapnya ialah hasil daripada tanah itu tidak dipulangkan kepada peneroka dalam bentuk kemajuan. Atas sebab itu, ramai peneroka tidak dapat melonjakkan kehidupan mereka seperti rakan mereka di Semenanjung. Di Semenanjung, 48 kawasan Parlimen terletak di kawasan FELDA dan atas sebab kerajaan dan Felda membela peneroka, maka 46 Parlimen menyebelahi Barisan Nasional.

Di Sabah juga, semua kawasan FELDA masih berpihak kepada Barisan Nasional. Asasnya, kerana mereka masih sangat bergantung kepada bantuan kerajaan dalam semua bidang.

Kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh agar kerajaan negeri Sabah menuntut sehingga RM30 bilion daripada FELDA kerana wang sejumlah itu dikatakan terhasil daripada keluaran hasil FELDA daripada 300,000 ekar tanah sejak tahun 80-an. Ini sebenarnya hanya bersifat anggapan ekoran mantan Ketua Menteri itu tidak menyatakan perincian bagaimana jumlah wang tersebut terkumpul. 

Kalaulah ditelusuri bagaimana cara FELDA memberikan pendapatan kepada penerokanya adalah berasaskan bagi hasil, di mana kos-kos input seperti baja dan buruh ditolak daripada hasil jualan dan kemudian FELDA membayar hasil jualan bersih kepada peneroka. Sebenarnya, FELDA membayar kepada peneroka setiap keluaran yang dihasilkan ladang yang diusahakan oleh peneroka. Ertinya, Felda memberikan obligasi yang sepatutnya kepada peneroka. 

FELDA sebagai syarikat besar, sebenarnya tidak tertumpu sepenuhnya kepada minyak kelapa sawit. Akan tetapi, bentuk-bentuk perniagaan lain yang dinilai tambah termasuk perniagaan hartanah dan pasaran saham. Sekiranya agensi kerajaan itu hanya tertumpu kepada hasil ladang, ianya tidak akan dapat bertahan sehingga kini termasuk memiliki hartanah di luar negara. Hartanah yang dibeli FELDA sebenarnya bagi mendokong pendapatan syarikat untuk berdepan dengan harga komoditi yang kerap turun naik. 

Kelemahan FELDA Sabah pula hanya kerana tidak mewujudkan jaringan perniagaan atau aktivti ekonomi di luar konsep perladangan bagi membantu generasi FELDA.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook