Latest News

Saturday 30 July 2016

JUFAZLI Merosakkan Masa Depannya Sendiri

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SIBUK JALANKAN TUGAS SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH ATAU SIBUK MENJADI AHLI PERNIAGAAN KAYA RAYA DI NEGERI SABAH... Oleh FB Jafzli Shii Ahmad (screenshot) (screenshot)
(ii) Penyokong-penyokong Musa Aman ketawakan aku selepas aku mendedahkan perniagaan hotel tu tadi... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

PEMILIK facebook tersebut sudah memutuskan bahawa dirinya mahu dikenali sebagai pendusta. Atas sebab pilihannya itu, maka dia memilih Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai sasaran dustanya. Tujuannya mudah iaitu menyerang pembesar kerana mungkin berbaloi menurut perkiraannya kerana suatu hari nanti boleh saja dia akan dibeli supaya berdiam. Namun, pemilik facebook itu sudah tersalah pilih kerana Musa bukanlah pemimpin yang bersifat demikian. 

Suatu ketika dulu, blogger Papa Gomo begitu popular sekali dengan cerita dustanya. Namun, masa kejatuhannya telah tiba. Individu yang ditaburkan dusta olehnya telah menyaman dan mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM850 ribu. Akibatnya, jika denda itu tidak dibayar, maka individu berkenaan diisytihar muflis dan harta bendanya jika ada akan bakal dirampas untuk dilelong.

Pemilik facebook yang memanggil dirinya (Jufazli Shi Ahmad) apabila tiba masanya nanti akan juga mengikut jejak "Papa Gomo" dan mungkin denda yang bakal dikenakan adalah sehingga seumur hidup dan pasti tidak akan dapat dibayar!

Memang rezeki ditentukan oleh Maha Pencipta, namun rezeki bakal diberikan pada mereka yang mengikut fitrah yang Tuhan akan berikan dengan seluas-luasnya.  

Persoalannya, mengapa sehingga hari ini pihak Musa masih membiarkan pemilik facebook itu meneruskan fitnah dan dustanya tanpa tindakan? Sebabnya, ianya satu cara untuk mengumpul sebanyak mungkin fitnah dan dusta sehingga jika disaman kelak, maka akan terus 'knockout' tanpa boleh dapat membela diri lagi.

AFS, hanya memberi respon demi penjelasan kerana tidak sanggup membaca dusta dan fitnah yang ditaburkan.

Melalui posting terbaru dengan menyertakan H. Benjamin Residence Mount Kinabalu, kemungkinan besar pemilik facebook itu akan terlanggar batu sebabnya pemilik bangunan itu sedang bersiap-siap mengumpul maklumat berkenaan pemilik facebook tersebut. Memang tidak berbaloi menyaman budak kerana makan minumpun tidak cukup. Maaf! Bukan berniat merendahkan seseorang. Namun, demi pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak membudayakan dusta dan fitnah, maka saman fitnah perlu dilakukan. Seperti tindakan kepada pencuri telur ayam, mencuri kerana lapar tetapi hukuman berat juga mesti dikenakan di mahkamah. Demikian juga akan sekiranya diminta kepada mahkamah agar menjatuhkan denda berat kepada budak seperti pemilik facebook itu agar tidak ada rakyat yang lain dalam negara ini mencelup serta membudayakan dusta dan fitnah.

Mungkin kini, pemuda ini sedang syiok sendiri kerana merasakan terlalu bebas menulis di facebook tanpa gangguan dan tidak disekat. Malangnya, Dia terlupa sebenarnya bahawa pelanduk senantiasa lupa akan jerat manakala jerat senantiasa setia menunggu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook