Latest News

Wednesday 20 July 2016

"Kekalkan PERPADUAN, Ingat Asal Usul", Maksud Musa

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Ya musa, ingat asal-usul mu dari pakistan... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

MAKSUD Datuk Seri Musa Aman berhubungan dengan “Ingat Asal Usul” itu sebenarnya mengambarkan bahawa Sabah didiami oleh berbagai etnik. Setiap etnik mempunyai latar belakang budaya, di mana budaya itu menjadi titik tolak perpaduan rakyat Sabah sejak dahulu kala.

Atas sebab pemahaman berkaitan latar belakang etnik antara penduduk Sabah, maka sehingga kini perpaduan kekal dengan suasana yang harmoni.

Bukti perpaduan harmoni antara kaum dapat dilihat melalui setiap perayaan di mana semua lapisan masyarakat terlibat merayakannya dan merentasi sempadan agama. Kekuatan rakyat Sabah adalah melalui perpaduan yang berlatar belakangkan asal usul. Atas sebab itu, tiada rakyat yang boleh bermusuh antara etnik kerana 'keterkaitan' keluarga walaupun berbeza agama.

Ikatan antara asal usul sangat kuat inilah kekuatan sebenar rakyat Sabah.  

Rakyat Sabah tidak semestinya rakyat asal. Rakyat Sabah terdiri daripada berbagai bangsa termasuk perkahwinan campur. Apakah penduduk Sabah yang berasal daripada perkahwinan campur bukan rakyat Sabah? Bagi mereka yang kerap mempermasalahkan etnik rakyat Sabah yang berasaskan campuran, kerap kali dirujuk kepada penduduk yang beragama Islam. Tetapi mereka ini tidak sama sekali apabila bercakap, rakyat Sabah yang produk perkahwinan campuran antara orang asal dengan suku kaum Cina. Mengapa berlaku double standard pula? Malah, mereka ini bangga apabila dipanggil sino dengan adanya “siang” kaum Cina. Fikir-fikirkan...

Datuk Seri Musa Aman merupakan produk kahwin campur. Ibunya merupakan suku kaum Dusun, keluarga besar di Pedalaman, keluarga Gunsanad dan Sedomon. Mengapa mempermasalahkan keturunan beliau? Memanglah beliau ada susur galur warga negara Pakistan, namun bapanya sudah berada di Sabah sebelumpun Sabah merdeka. Menurut perlembagaan negara, sesiapa sahaja penduduk Sabah yang tinggal di North Borneo sebelum merdeka secara automatik menjadi warga negara, tidak terkecuali ayah kepada Datuk Seri Musa Aman. Mereka yang mempersoalkan kedudukan Datuk Seri Musa Aman sebagai rakyat Sabah, sebenarnya mereka cemburu atas kejayaan Ketua Menteri itu menyatu padukan rakyat, berjaya membela rakyat dan berjaya membangun negeri. 

Satu pertanyaan kepada pemilik facebook atau laman itu, apakah sumbangan anda pula kepada Sabah? Melihat cara pemilik facebook itu membuat dakwaan atau posting-posting di laman sosial telah menunjukkan makan minumpun susah, bahkan apa lagi menyumbang kepada rakyat dan negeri. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook