Latest News

Monday 11 July 2016

KEKUATAN UMNO SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 600 ahli UMNO keluar parti... Oleh FB Page Sayang Sabah (screenshot)
(ii) betulkah untuk ko mau jadi CM kali... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(iii) Ini kalilah Musa Aman goyang dan di ambang kekalahan di PRU ke-14... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

UMNO Sabah mempunyai lebih 500,000 ahli yang tersebar di seluruh negeri. Jika 5000 ahli meninggalkan parti, peratusannya hanya 1 peratus. Di Semporna tidak sampai 1000 ahli yang keluar daripada lebih 30,000 ahli. Demikian juga di Batu Sapi, 600 ahli yang keluar daripada 20,000 ahli. BAYANGKAN!

Dalam dunia demokrasi, kemenangan adalah melalui jumlah majoriti. Dalam dunia politik, tiada istilah semua rakyat menyokong adalah memadai majoriti menyokong. 

Kenyataan Dato' Rahman Dahlan bahawa UMNO Sabah masih kuat memang tiada cacat celahnya kerana Pengarah Strategik Barisan Nasional itu merujuk kepada sokongan majoriti.

Bagi pemimpin UMNO dan ahli parti yang terus menyokong parti, memang mengetahui kedudukan mereka yang keluar daripada parti kerana mereka ini, sebenarnya ahli-ahli parti yang bersifat sokong membawa rebah yakni mereka ini bertindak seperti gunting dalam lipatan. Mereka ini menyertai parti hanya kerana mengejar habuan dan kepentingan peribadi. Itu biasa!

Sebagai contoh, Naib Ketua Bahagian Batu Sapi asalnya daripada Parti PKR dan beliau masuk UMNO semasa PRK Batu Sapi. Asas perjuangannyapun memang pembangkang dan atas sebab itulah kehadirannya di bahagian Batu Sapi, bagaikan duri dalam daging. Dengan keluarnya Naib Ketua Bahagaian itu bersama dengan penyokongnya, maka setidak-tidaknya membersihkan bahagian itu daripada ahli yang sokong membawa rebah.

Parti UMNO kuat kerana polisinya selain disiplin parti yang ketat. Demi parti, maka setinggi mana kedudukan seorang pemimpin akan juga diambil tindakan disiplin termasuk pemecatan jika melanggar peraturan parti.

Pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh akan berganti demikian juga ahli.  Bagi parti, adalah lebih baik mempunyai pemimpin dan ahli yang setia berbanding dengan adanya pemimpin dan ahli yang menyertai parti untuk kepentingan peribadi. Para ahli parti yang berjuang untuk kepentingan parti, tahu menilai yang mana satu pemimpin yang perlu diikuti. Manakala para ahli yang masuk parti, hanya kerana mencari makan, maka terlihat pada mereka yang keluar parti kononnya membantah keputusan Majlis Tertinggi parti yang bertindak memecat dan menggantung pemimpin yang cuba menjahamkan parti. Fikir-fikirkan!

Para ahli parti yang setia, tidak akan sama sekali terpengaruh dengan hasutan-hasutan daripada mereka yang mencari nama kerana para ahli tahu benar perjuangan parti dahulu, kini dan selamanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook