Latest News

Monday 4 July 2016

KENYATAAN AKHBAR HEBAHAN SEGERA: Kekuatan UMNO Sabah Tidak Tergugat Dengan Tindakan Shafie


04 JULAI 2016
KOTA KINABALU. SABAH.

1. Kekuatan UMNO Sabah tidak akan tergugat sedikit pun dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada Umno. Turut mengumumkan untuk keluar dari Umno sebelum ini juga adalah Adun Sulabayan Dato' Jaujan Sambakong beserta Ketua Ketua Cawangan Umno Semporna diikuti beberapa orang Ketua Cawangan Kinabatangan dan Membakut. Kesemua mereka adalah penyokong kepada Datuk Seri Shafie Apdal , Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato' Seri Mukhriz Maharhir.

2. Harus diingat sebelum ini Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin juga pernah membuat perkara yang serupa dan turut diakui pengaruh Lajim hampir sama dengan Shafie Apdal namun sejarah telah menunjukkan Lajim kalah di kerusi Parlimen Beaufort pada PRU13 dan hanya menang untuk kerusi dun Klias dengan lebihan majoriti hanya 179 undi. Umno Bahagian  Beaufort sehingga kini kekal utuh dan semakin kuat. Saya percaya Umno Semporna juga tidak akan terjejas dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada Umno.

3. Untuk rekod UMNO Sabah mempunyai 25 Bahagian dengan 5,676 cawangan dan 546,879 ahli seluruh negeri. Kekuatan Umno Sabah akan kekal utuh dan kuat di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dan Dato' Seri Najib selaku Presiden UMNO.

4. Kekuatan Umno Sabah beserta kematangan  ahli Umno tidak boleh dipertikaikan dan hakikat ini adalah realiti dan telah diterjemahkan oleh keseluruhan ahli Umno apabila Umno dan telah memenangi kesemua kerusi pilihanraya raya ke 13 bagi dewan undangan negeri dan parlimen  melainkan kerusi dun klias yang mana Umno tewas dengan majoriti agak tipis.

5. Mereka yang keluar parti itu disifatkan sebagai tidak memahami nilai kesetiaan kepada parti. Akhirnya kelak mereka akan sedar bahawa Umno sebenarnya tidak menzalimi Datuk Seri Shafie sebaliknya penggantungan Shafie Apdal sebelum ini yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah berdasarkan perlembagaan Umno dan demi menjaga kestabilan Umno akibat serangan bertali arus Shafie ke atas Dato' Seri Najib selaku Presiden Umno.

SEKIAN.

YANG BENAR


ZULKARNAIN MAHDAR
PENGERUSI
GERAKAN AKAR UMBI UMNO MALAYSIA @ GAUM
&
PAKATAN NGO PRO BN
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook