Latest News

Thursday 14 July 2016

LAWATAN Tan Sri Annuar Musa Ke Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Ketara si Musa Aman tidak... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

TAN Sri Annuar Musa adalah Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Salah satu tugasnya adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam parti untuk dilaporkan kepada Majlis Tertinggi parti.

Laporan bahawa ada segelintir ahli UMNO di Semporna Batu Sapi dan Membakut keluar parti perlu diselidik secara dekat. Atas sebab itu, apabila kejadian itu dilaporkan media masa, Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan bahawa beliau akan ke Sabah untuk mengesahkan laporan tersebut selain mengetahui faktor-faktor utama yang mendalangi tindakan mereka dan juga faktor pemecatan serta penggantungan pemimpin kanan parti.

Bagi kedudukan UMNO Sabah, pemimpin yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aman. Tan Sri Annuar Musa hanya sebahagian daripada pengurusan parti yang memantau atau mencari tahu masalah-masalah utama untuk dibincangkan bersama termasuk makluman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Tan Sri Annuar Musa tidak ada kuasa menghentikan siapa-siapa ahli untuk keluar parti demikian juga pemimpin lain. Para pemimpin parti hanya mahu mengenal pasti punca-punca mereka yang keluar parti. Sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, maka individu yang menyertai parti boleh sahaja keluar parti dengan menyerahkan borang keluar parti. Namun, pada kebiasaannya mereka ini tidak berbuat demikian. Atas sebab itu, sebagai Ketua Penerangan parti perlu mengetahui siapa-siapakah mereka, jumlahnya dan daripada cawangan manakah agar boleh dikeluarkan daripada senarai ahli. 

Jika tidak diambil tindakan awal, maka kerap berlaku keahlian kembar dan menjadikan mereka itu sebagai 'musang berbulu ayam'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook