Latest News

Monday 25 July 2016

Menang Dalam Permainan Politik, Tidak Semudah Yang Difikirkan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini sekarang pun minta lagi dia duit.. Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah... Oleh Web Suara Sabah (screenshot)
(iii) Inilah wajah wajah kebangkitan menanti kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal untuk menghalau umno dari bumi SABAH... Oleh FB Datuk Bahar (screenshot)

PERMAINAN politik sebenarnya berkaitan dengan perasaan, perjuangan, perngorbanan, kepimpinan serta matlamat.  Selain itu juga, permainan politik berkaitan dengan masa. Pihak mana yang mempunyai penyokong teramai, maka itulah pemenang dalam politik.

Dalam sistem demokrasi, tiada istilah mendapat 100 peratus sokongan melainkan nisbah 51 hingga 49 yang diperlukan oleh pemenang.

Bagi mereka yang menghandalkan pada seorang pemimpin yang kononnya boleh mempengaruhi majoriti rakyat adalah sesuatu yang amat sukar diterima. Dalam rekod politik dunia termasuk dalam negara kita, tidak ada seorangpun pemimpin atau individu yang boleh menarik sokongan majoriti sehingga boleh menang dalam sebarang pilihan raya. Pertandingan dalam politik seperti bermain bola. Tiada rekod atau tidak mungkin seorang pemain boleh menang dalam sesbuah pertandingan bola sepak.

Datuk Seri Shafie Apdal hanya seorang pemimpin. Kemenangan beliau pada sebarang pilihan raya di Sabah disebabkan kerja berpasukan selain mewakli parti yang disokong ramai rakyat. Tiada rekod Shafie menang bersendirian!

Kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal pada 24 Julai lalu di Kota Belud adalah sempena Sambutan Hari Raya, bukan acara politik. Jika ramai yang datang pada sambutan tersebut adalah semata-mata hanya kerana berbentuk sambutan itu iaitu sambutan hari raya.

Memang sambutan itu dianjurkan oleh penyokong Datuk Seri Shafie Apdal. Namun, mereka yang datang tidak semestinya semua penyokong beliau. Pada tarikh 24 Julai di Rampayan Laut, Kota Belud, kebanyakan yang datang adalah penyokong pembangkang. Kalau adapun daripada UMNO kerana mereka itu mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh MP Semporna itu.

Dalam ucapan pada majlis itu, tiada apa yang boleh dikutip sebagai sesuatu yang baru dalam perjuangan Datuk Seri Shafie Apdal melainkan ucapan biasa yang mahu menarik sokongan daripada mereka yang hadir. Mendengar ucapan beliau pada majlis itu, nampaknya MP Semporna itu tidak akan ke mana-mana. Tiada faktor yang boleh mendorong rakyat mengikuti beliau kerana apa yang beliau perkatakan sebenarnya menjurus kepada untuk mendapatkan kuasa. Sejarah tidak berbohong bagaimana kelibat beliau ketika ditampuk kuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook