Latest News

Tuesday 12 July 2016

MENTERI MEMBELA NAJIB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Semalam Salleh Said Keruak meminta pihak... Oleh FB GPRS: Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)

MASING-MASING pemimpin mempunyai peranan. Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah menteri yang paling tepat untuk menepis, menyuarakan dan memberikan penjelasan. Bagi mereka yang di luar Kabinet seperti penulis blog dan facebook hanya dapat mengagak-agak tugas-tugas para menteri berkaitan sesuatu isu. 

Para menteri sudah tentu mempunyai kesepakatan, siapakah menteri yang diberi peranan menjawab sesuatu isu yang tiada hubungan dengan kementerian masing-masing.

Penulis blog seperti Shahbuddin yang suka sangat membuat andaian dan provokasi serta menulis yang bersifat buruk sangka adalah kerana itulah kegemarannya. Bagi mereka yang mengikuti tulisannya tidak sanggup berkongsipun. Malah, hanya membaca sepintas lalu dan kemudian hilang begitu sahaja tanpa dikesan. Bagi mereka yang tidak mengetahui perilaku penulis itu, maka ada yang berkongsi di laman sosial seperti yang dibuat oleh pemilik facebook yang berkongsi berkaitan tulisan blogger tersebut.

Isu 1MDB sebenarnya sudah menjadi topik hampir dua tahun. Namun, tiada juga pihak dalam syarikat gergasi itu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Fikir-fikirkan!

Desakan para pemimpin pembangkang termasuk mantan Perdana Menteri yang kemudiannya disusuli oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, seorang mantan Menteri Besar dan seorang mantan menteri Kabinet persekutuan agar Perdana Menteri bertanggungjawab berkaitan masalah perniagaan dan kewangan syarikat tersebut tetapi tidak juga mempengaruhi rakyat. Bukti nyatanya adalah melalui PRN Sarawak dan beberapa PRK selepas PRU-13, termasuk PRK berkembar 18 Jun lalu langsung tidak mempengaruhi undian rakyat kepada kerajaan. Dengan tidak terpengaruhnya rakyat berkaitan hujah-hujah pembangkang berhubung 1MDB, maka dengan itu adalah memadai bagi pihak kabinet atau menteri dan hanya seorang sahaja yang perlu memberi penjelasan atau kenyataan berkaitan 1MDB dari masa ke semasa termasuk menjawab putar belit media asing yang berhubungan dengan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Ertinya, tidak timbul sama sekali pertanyaan mengapa Datuk Seri Salleh Said Keruak sahaja yang masih membela Perdana Menteri kerana demikianlah kesepakatan para menteri. 

Jika para menteri juga terikut-ikut seperti keinginan penulis blog itu, maka seperti rojaklah semua penjelasan dan maklumat yang disampaikan. Diamnya semua menteri yang membawa pengertian bahawa mereka semuanya bersetuju dengan kenyataan atau jawapan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook