Latest News

Sunday 17 July 2016

PARTI BARU TAJAAN TUN DR. MAHATHIR

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kita lihat sahaja apa... Oleh FB 1Sabah (screenshot)

PARTI tajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan sebagai persediaan berdepan BN pada PRU-14. Parti baru itu digunakan oleh mantan-mantan pemimpin UMNO yang dipecat atau mereka yang keluar daripada parti tersebut.

Pengumuman penubuhan parti baru itu diumumkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir pada Khamis lalu selepas mesyuarat dengan para pemimpin parti pembangkang termasuk Lim Kit Siang. Parti baru itu dipercayai adalah parti kaum Melayu kerana ianya digunakan untuk bersaing dengan UMNO selain mahu menarik penyokong dan ahli UMNO menyertainya. Walaupun nama parti itu belum diumumkan akan tetapi nama parti itu kemungkinan besar dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu.

Parti baru yang bakal ditubuhkan akan bekerjasama dengan parti DAP, PKR, Amanah dan kemungkinan bersama parti PAS untuk membentuk satu ikatan bagi berdepan dengan BN pada PRU-14. 

Parti pembangkang telah mengambil iktibar bahawa untuk bersaing dengan BN hanya melalui satu ikatan yang kukuh termasuk bertanding satu lawan satu.  Pengalaman bertanding berbagai penjuru hanya memberi kemenangan mudah kepada BN seperti mana dibuktikan melalui PRN Sarawak dan PRK berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tun Dr. Mahathir yang mengambil peranan sebagai defecto leader pembangkang telah menegaskan kepada parti-parti pembangkang bahawa mereka mesti bersatu untuk berdepan dengan BN. Jika tidak, tujuan mengalahkan BN hanya akan menjadi harapan dan slogan semata-mata.

Terlalu awal untuk menilai sejauh mana kemampuan parti baru itu mengikat parti-parti pembangkang untuk bekerjasama kerana sejarah politik tanah air, senantiasa menyaksikan bahawa mereka saling bertembung antara satu sama lain kerana ikatan mereka longgar, tidur sebantal tetapi mimpi masing-masing. Apakah pengalaman Tun Dr. Mahathir mampu menyatukan parti-parti pembangkang? Kerana mereka kini mempunyai matlamat sama iaitu menggantikan BN sebagai kerajaan. 

Keinginan tetap keinginan kerana setiap parti yang ditubuhkan bermatlamat untuk menang pilihan raya. Namun, sejarah membuktikan sejak negara merdeka, tidak ada satupun parti yang dapat menumbangkan BN. Pertanyaannya, apakah melalui penubuhan parti Melayu yang baru ini dengan kerjasama parti-parti pembangkang dapat mengalahkan BN? Kalau mampu, apakah perjuangan parti itu yang bakal dijual kepada rakyat dapat mendapat sokongan? Sebab itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan, jika parti baru itu mempunyai perjuangan yang tidak jelas, kebiasaannya rakyat cenderung memilih atau berpihak kepada parti yang sudah membuktikan kemampuan dan pembelaan kepada rakyat.

Kalau melihat sejarah politik tanah air, telah banyak parti yang ditubuhkan oleh mantan-mantan pemimpin UMNO. Antaranya, parti Negara, PAS, S-46 (Semangat 46) dan Keadilan (kini PKR). Namun, parti-parti itu ada yang telah terkubur dan yang kekal masih parti pembangkang di peringkat persekutuan. Pencapaian parti-parti pembangkang hanya menang di peringkat negeri namun belum mampu di peringkat persekutuan walaupun mampu menyebabkan BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat pada PRU yang lalu.

Melalui penubuhan parti oleh mantan-mantan pemimpin UMNO adalah sebenarnya lebih baik berbanding jika mereka itu kekal dalam parti tetapi bertindak sebagai 'gunting dalam lipatan'. Melalui penubuhan parti baru, maka BN mengetahui musuh sebenar. Sebagai musuh, maka semua kemampuan akan dipertaruhkan bagi mempertahankan parti.

Parti yang menang dalam pilihan raya, bukan sahaja terletak pada nama-nama atau calon-calon tetapi juga strategi parti selain agenda, perjuangan dan matlamat parti tersebut. Parti baru yang bakal ditubuhkan asasnya adalah menunjukkan kebencian kepada Perdana Menteri seperti juga penubuhan PKR adalah kerana dendam. Ertinya, parti baru yang bakal ditubuhkan bukannya untuk membela rakyat tetapi hanya mahu menjatuhkan seseorang pemimpin kerana perasaan 'benci'. 

Apa-apapun, kita perlu menunggu arah tuju parti yang bakal ditubuhkan tersebut dan apakah benar namanya Parti Melayu Baru Bersatu? Sila tunggu dan lihat...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook