Latest News

Monday 25 July 2016

PATI Guna 'PERAHU' Ke Tenom Dan Keningau?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) berita dari seberang mendedahkan pemerintah Malaysia BN... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO

RUPANYA orang yang mengaku rakyat Sabah itu mengiakan dakwaan rakyat Indonesia yang kononnya ada rakyat negara itu diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang diberikan kad pengenalan itu dan berlayar menggunakan perahu ke Tenom dan Keningau.

Rupanya orang yang mengaku rakyat Sabah yang menggunakan facebook kononnya membongkar penipuan UMNO, ternyata benar-benar mengarut! Sejak tanah besar Sabah diciptakan oleh Tuhan, belum ada cerita atau dokumen yang boleh menunjukkan bahawa Tenom dan Keningau boleh dicapai menggunakan perahu. Walau dari mana-mana tempat, baik di Sabah sendiri apatah lagi Indonesia.

Kalau menipu, namanya juga menipu. Mungkin, mereka yang bukan rakyat Sabah yang hanya boleh percaya dengan tipuan ini. 

Dengan cara mereka yang menggunakan maklumat tipu terutamanya page berkenaan, kini benar-benar membuktikan bahawa semua dakwaan page itu satupun tiada yang benar melainkan tipu belaka.

AFS ingin mengingatkan penggiat laman sosial terutama yang mungkin terpengaruh dengan dakyah page itu, mulai dari sekarang, perlu sedar bahawa page itu sebenarnya dikendalikan oleh mereka yang bukan rakyat Sabah. Tujuannya agar rakyat Sabah saling curiga antara satu sama lain dan menjurus kepada perang saudara. Jika keadaan itu berlaku, maka orang asing akan masuk kononnya sebagai rakyat Sabah. Pada masa itu, mungkin sahaja rakyat Sabah yang tulen terpedaya kerana mereka ini akan mendakwa bahawa semua dokumen hilang akibat huru-hara.

Kepada rakyat Sabah, kita perlu berhati-hati khususnya kepada page seumpama ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook