Latest News

Thursday 14 July 2016

Pembocor Maklumat Berkepentingan Peribadi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

PEMBOCOR maklumat adalah mereka yang mempergunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi termasuk mendapatkan suapan kewangan. Pembocor maklumat juga mempergunakan maklumat yang diperolehi untuk kepentingan politik. 

Laporan Ketua Audit Negara yang dibocorkan kepada Sarawak Reports ada dua matlamat selain kepentingan politik juga sumber kewangan daripada pembocor maklumat. Oleh kerana pembocor maklumat itu berkepentingan peribadi, maka ianya termasuk pengkhianat disebabkan maklumat hasil kerja orang lain dengan mudah dijual untuk mendapatkan keuntungan.

Laporan Ketua Audit Negara, sebenarnya dikategorikan sebagai maklumat rahsia selagi Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) belum membahas laporan itu. Selepas Laporan PAC dibahas, maka dengan sendirinya Laporan Ketua Audit Negara menjadi dokumen umum. Oleh kerana Laporan PAC belum dibahas di Dewan Rakyat, maka Laporan Ketua Audit Negara yang merupakan sebahagian daripada laporan PAC (masih dalam kategori dokumen rahsia)

Oleh kerana terdapatnya pembocor maklumat, maka sebelumpun Laporan PAC dibahas di Dewan Rakyat, maklumat laporan itu telahpun disebarkan. Sebenarnya, tujuan pembocoran maklumat tersebut adalah untuk menimbulkan prepesi umum untuk menolak Laporan PAC kerana umum telah termakan laporan yang diputar belit dan ditokok tambah untuk kepentingan politik. Selain itu, pembocor maklumat mendapat habuan peribadi dalam bentuk wang. Atas sebab itulah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas pembocor maklumat itu ekoran tindakan itu merupakan perbuatan jenayah rasuah.

Selain jenayah rasuah, pihak berkepentingan politik cuba memutar belit kandungan laporan itu untuk tujuan mengelirukan rakyat. Oleh kerana rakyat terpancing dengan laporan yang salah, maka apabila tibanya perbahasan berkaitan Laporan PAC di Dewan Rakyat nanti, rakyat umum tidak percaya lagi pada laporan tersebut. Sebaliknya, lebih percaya kepada laporan putar belit yang diasaskan kepada kebocoran maklumat. Pembangkang akan memanipulasi laporan itu sebagai telah diubah dan cuba menyakinkan rakyat bahawa laporan yang betul adalah laporan yang ditokok tambah atau yang diubah oleh pembocor maklumat bersama Sarawak Reports.

Mereka yang bersetuju dan menyokong pembocor maklumat tersebut sebenarnya menyokong memperkayakan pembocor maklumat dan menyokong perasuah. Ini adalah seperti mana mereka lakukan terhadap Lim Guan Eng walaupun didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah yang jelas dengan fakta, mereka masih mendakwa bahawa tiada rasuah yang dilakukan.

Mereka yang menyokong pembocor maklumat itu menyokongnya kerana mereka adalah sumber rasuah. Perbuatan mereka ini sebenarnya seperti lempar batu sembunyi tangan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook