Latest News

Monday 25 July 2016

Penculik Abu Sayyaf

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) bila projek ic berleluasa... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO

AKTIVITI penculikan di Pantai Timur Sabah merupakan perniagaan jutaan ringgit. Tidak dinafikan berbagai pihak terlibat dalam urusan ini kerana perniagaan sebesar itu sudah tentu akan menjemput atau mengundang berbagai pihak dari semua sudut. 

Perniagaan penculikan yang membawa nilai jutaan ringgit, tidak mungkin dilakukan oleh orang biasa yang tiada pengalaman ketenteraan. Melihat cara penculikan, tiada sesiapapun yang boleh menafikan bahawa kegiatan itu dijalankan oleh mereka yang berpengalaman, mempunyai peralatan canggih serta mempunyai jaringan yang cukup kuat dan teliti. Atas sebab itu, pasukan ESSCom kerap kali 'gigit jari'.

Dakwaan bahawa ada informasi atau pembekal maklumat daripada Sabah, sebenarnya bukan punca berlakunya penculikan. Kita sama-sama maklum bahawa semua penculikan dilakukan di laut, di mana penculik memintas kapal atau “tugboat”. Ertinya, mereka yang mahu menculik dan mempunyai peralatan untuk mengesan mangsa yang bakal diculik. Kita semua maklum bahawa penculikan berlaku setiap kali pasukan keselamatan kita mengadakan rodaan di kawasan berkenaan. Selang beberapa minit atau masa tertentu, penculik bertindak. Melihat keadaan itu, sudah pasti penculik mempunyai peralatan canggih bagi memantau pergerakan pasukan keselamatan.

Dengan wang yang diterima sekian lama sebagai bayaran tebusan, sudah tentu penculik mampu memiliki peralatan pemantau yang canggih di mana alat itu sukar dikesan oleh pasukan keselamatan ESSCom. Sebabnya, jika para penculik tidak mempunyai peralatan mengesan mangsa dan pergerakan pasukan keselamatan yang mengawal kawasan itu agak mustahil begitu mudahnya penculik akan terlepas.

Perlu diakui bahawa kegiatan penculikan di Pantai Timur Sabah merupakan perniagaan yang amat menguntungkan walaupun ianya berisiko tinggi. Sehingga kini, tiada penculik yang berjaya dibunuh melainkan mangsa yang dibunuh!

Sebenarnya, kegiatan penculikan di Pantai Timur Sabah bukan kerana ada dalang. Akan tetapi, jemputan kegiatan itu yang memberikan keuntungan jutaan ringgit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook