Latest News

Tuesday 19 July 2016

Penurunan Kuasa Persekutuan Kepada Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) In Sabah, we are doing the same thing... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEREKA yang minat sangat berkaitan dengan penurunan kuasa persekutuan kepada Sabah adalah mereka yang bukanpun sebahagian daripada kerajaan. Ertinya, mereka tidak tahu langsung mengenai apa itu kuasa kerajaan baik negeri mahupun persekutuan.

Manakala mereka yang sebahagian daripada kerajaan hanya senyap sahaja kerana mereka tahu mana batas-batas kuasa yang ada pada pihak masing-masing.

Mereka yang mempersoalkan sangat berkaitan penurunan kuasa sebenarnya langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Penurunan kuasa adalah upaya menjadikan hanya satu kuasa sahaja, bukannya kuasa yang bertindih. Keadaan itulah yang dikaji dan mahu disenaraikan kuasa-kuasa mana yang bertindih. Pada keadaan sekarang, tidak terlihat kuasa-kuasa yang bertindih kerana kuasa kerajaan negeri sedang dan terus berkuatkuasa. 

Pada masa sekarang, tiada kuasa kerajaan negeri yang terhakis. Oleh kerana perjalanan masa, maka kerajaan negeri melihat berkaitan dengan pembangunan yang dilaksanakan di Sabah khususnya peruntukan daripada persekutuan. Kerajaan negeri meminta sebarang peruntukan persekutuan yang diberikan kepada negeri, maka kerajaan negeri yang melaksanakan projek-projek berkenaan sepenuhnya tanpa penglibatan pihak persekutuan lagi. Perkara ini yang sedang dikaji, apakah kerajaan negeri mempunyai keupayaan 'pelaksanaan'. Jika berupaya, maka persekutuan bersetuju agar kuasa itu diberikan kepada kerajaan negeri.

Berkaitan kakitangan awam, para pegawai persekutuan yang bertugas di Sabah sama ada mereka itu kakitangan daripada Sabah adalah perlu dilantik oleh persekutuan. Ini khususnya bagi jawatan tetap kerana ianya ada hubungkait dengan persaraan. Jawatan tetap berpencen perlu mempunyai peruntukan untuk maksud itu dan atas sebab itu kuasa melantik para pegawai persekutuan yang bertugas di Sabah akan terus dipegang persekutuan dan pertimbangan ganjaran pencen.

Penurunan kuasa bagi Sabah, sebenarnya bukanlah perkara rumit. Kerana dari masa ke semasa, kerajaan terus mengkaji bidang kuasa yang sedia ada. Jika kuasa itu boleh memberikan kecekapan tugas sekiranya diberikan kepada kerajaan negeri, maka akan diturunkan kuasa itu kepada kerajaan negeri. Jika tidak, umpamanya berkaitan dengan hubungan luar maka ianya terus dikuasai oleh persekutuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook