Latest News

Friday 29 July 2016

PERANGKAP MENAMBAH UNDI LALU TUMBANGKAN BN...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAPI AQDAL hanya diguna sebagai perangkap menambahkan undi UMNO... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Ini kalilah...teruskan main WAYANG... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Ini kalilah...teruskan main WAYANG... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

KALAU pembangkang tidak mahu tumbangkan BN, apa tujuan mereka menubuhkan parti mereka?  

Jika Datuk Seri Shafie Apdal membuat kenyataan bahawa rakyat perlu tumbangkan BN, ertinya beliau adalah sebahagian daripada pembangkang! 

Dalam demokrasi, pertembungan antara parti kerajaan dan parti yang mahu merampas kerajaan memang akan berlaku pada setiap pilihan raya. Bermakna ianya terletak kepada rakyat parti mana yang mereka akan sokong.

Di Sabah sejak merdeka, memang pernah berlaku sebanyak empat (4) kali perubahan kerajaan. Kerajaan USNO kepada Kerajaan Berjaya, Kerajaan PBS dan kini kerajaan BN yang ditunjangi  oleh UMNO. 

Rakyat Sabah sudah maklum bahawa setiap perubahan kerajaan itu ada isu besar yang menjadi sandaran rakyat mengubah kerajaan. Namun, selepas BN yang diterajui UMNO membentuk kerajaan sehingga kini tiada lagi isu yang boleh dijadikan sandaran atau alasan rakyat untuk mengubah kerajaan.

Rakyat Sabah bertindak mengubah kerajaan dan bukannya bersandarkan kepada kepentingan seseorang pemimpin akan tetapi kepentingan majoriti rakyat.

Rakyat Sabah maklum akan mantan-mantan pemimpin kerajaan yang kini bertukar menjadi pembangkang. Hal ini kerana mereka itu sebenarnya hanya menyertai parti kerajaan untuk kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan rakyat.

Datuk Seri Shafie Apdal telah lebih 20 tahun menjadi menteri persekutuan. Cuba tanya pada diri sendiri, siapakah anak watan Sabah yang pernah beliau menberi peluang bukan bertujuan kepentingan peribadi? Misalnya, untuk jawatan-jawatan kerajaan di peringkat persekutuan. Kalaupun ada, ianya bukan jawatan awam melainkan jawatan politik dan mereka bertindak sebagai kroni untuk mendapatkan berbagai projek khususnya di kementerian-kementerian yang beliau terajui. Kini, apabila beliau tidak ada jawatan lagi, mereka itu dengan sendirinya terpaksa melepaskan jawatan kerana jawatan-jawatan itu adalah jawatan politik.

Adalah pelik apabila Datuk Seri Shafie Apdal bercakap yang kononnya, berjuang untuk rakyat Sabah sedangkan selama lebih 20 tahun tidak pernah bercakap sedemikian. Maka, boleh percayakah?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook