Latest News

Sunday 17 July 2016

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Kenyataan Pairin Perlu Disokong?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bah Pairin, bila lagi ko mahu cakap... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

RAKYAT yang ada sekarang hanya boleh membaca kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ada yang mengatakan bahawa kandungan perjanjian itu tidak sepenuhnya dilaksanakan sehingga merugikan Sabah dan Sarawak. Benarkah demikian? Jika benar, maka kenyataan Tan Sri Pairin itu perlu disokong. Untuk mengetahui apakah ada kandungan perjanjian yang tidak sepenuhnya dilaksanakan, maka perlu ada senarai atau kajian khusus berkaitan dengan butiran-butiran yang tidak dilaksanakan.

Secara mata kasar, kita perlu bermula daripada tahun 1963 dan senaraikan apa yang telah dilaksanakan sehingga kini. Kita perlu melihatnya secara rasional mempergunakan nisbah yang tepat dan adil untuk kita membuat penilaian, apakah butiran-butiran MA63 ada yang tidak dilaksanakan sepenuhnya atau sebaliknya. Jangan kita membandingkan di antara pencapaian anak yang bermula pada umur 6 tahun pada tahun 1963 dengan pencapaian anak berumur 12 tahun yang juga bermula pada tahun yang sama kerana sudah tentu pengalamannya berbeda.

Rakyat Sabah dan Sarawak, mempertikai mengapa pembangunan di Malaya begitu pesat? Sedangkan, di Sabah dan Sarawak tidak. Kita perlu melihat secara adil, pembangunan sesebuah wilayah sangat bergantung kepada jumlah penduduk dan aktiviti ekonomi.  Juga, kita perlu melihat, usia sesuatu wilayah. Malaya merdeka tahun 1957 dan wilayah itu lebih awal maju atas sebab aktivti ekonomi yang ada seperti lombong bijih timah, pekebunan/peladangan besar dan jumlah penduduk yang ramai, mempunyai pelabuhan yang sibuk serta mempunyai rangkaian kereta api dari hujung ke hujung yang lain. Sedangkan, Sabah dan Sarawak, dalam keadaan daif sekali pada sekitar tahun 1963, tanpa rangkaian perhubungan, tanpa aktiviti ekonomi, ramai penduduknya buta huruf dan seumpamanya.

Selain itu, keluasan dua negeri itu yang sangat besar dan penduduk yang bertaburan, maka memerlukan kewangan yang banyak untuk membina keperluan asas dan sebagainya.  Jika di Malaya, membina infrastrukur kerap dihubungkan dengan kos berimbang. Namun, di Sabah dan Sarawak, kaedah itu sukar dilaksanakan kerana masalah rakyat tidak dapat menyumbang keperluan itu atas sebab kekangan pendapatan akibat kurangnya aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan semula.

Sejak merdeka, hanya bermula tahun 2003 Sabah dan Sarawak menjadi perhatian melalui kewujudan beberapa program pembasmian kemiskinan seperti Agropolitan, Score dan kemudiannya diikuti pembinan Lebuhraya Pan Borneo serta beberapa projek mega yang lain.  Kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak dengan jelas mahu menebus kesilapan masa lalu dengan memberi peranan kepada para pemimpin Sabah dan Sarawak. Kelangsungan daripada itu, ramai yang dilantik menganggotai Kabinet persekutuan. Pun demikian, Perdana Menteri masih memberi ruang kepada Sabah dan Sarawak untuk membincangkan MA63 dengan mengkaji butiran-butiran lama mana yang belum dilaksanakan sepenuhnya, agar diperbetulkan demi rakyat kedua-dua negeri tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook