Latest News

Monday 4 July 2016

PERUMAHAN KHAZANAH LAHAD DATU Kegagalan Kontraktor!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RAHMAN DAHLAN hingga menjadi Menteri perumahan pun tidak dapat kasih selesai... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

PEMBINAAN rumah-rumah rakyat, mempunyai sekurang-kurangnya tiga fasa. Fasa pertama adalah persetujuan kerajaan untuk membina jenis perumahan seumpama itu. Fasa kedua, melalui SPNB dipersetujui pembinaan dan fasa ketiga melantik kontraktor pelaksana. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapati, rumah-rumah di bawah seliaan SPNB terbengkalai bukan kerana masalah kerajaan sebaliknya kontraktor pelaksana. Kontraktor pelaksana, semasa fasa pembinaan mengalami kekurangan kewangan selain kekurangan buruh sebagai alasan mereka lambat menyiapkan perumahan tersebut. 

Selain itu juga didapati kualiti atau rumah-rumah yang dibina dikatakan kurang memuaskan yakni tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan atas sebab karenah kontraktor yang cuba mengaut keuntungkan maksima melalui penurunan kualiti bahan binaan. Hal ini kerap terjadi!

Pembinaan rumah-rumah rakyat, sebenarnya hasrat murni kerajaan. Namun, ada sahaja kontraktor yang tidak bertanggungjawab yang diberikan kontrak pembinaan berkompromi dengan kualiti selain tidak serius menyiapkan kontrak yang telah diberikan termasuklah memesongkan wang yang sepatutnya digunakan untuk menyiapkan projek yang telah diberikan untuk kepentingan diri sendiri.

Berasaskan masalah-masalah ini, maka kerajaan melalui KPKT hanya mampu memberi amaran dan seterusnya menyenarai hitamkan kontraktor yang terbabit untuk tidak lagi diberikan sebarang kontrak membina rumah-rumah rakyat di bawah seliaan SPNB.

Rumah-rumah rakyat di bawah selian SPNB adalah rumah-rumah yang dijual pada harga diskaun kepada rakyat yang layak. Sebenarnya, jika kontraktor yang diamanahkan membina rumah-rumah seumpama ini, menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna pasti tidak akan timbul terbengkalainya pembinaan mana-mana perumahan termasuklah adanya aduan terhadap kualiti rumah yang dibina
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook