Latest News

Monday 18 July 2016

PRU-14: Persempadanan Baru, Pembangkang Sebumbung

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bila bila masa saja PRN Sabah diadakan... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BARISAN Nasional, tidak bergantung kepada tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh kerana jumlah yang ada sekarang sudah memadai bagi parti itu membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Kalau dikira keadaan sekarang iaitu 60 kerusi DUN, cukup kondusif bagi BN. Ini kerana apapun usaha pembangkang, apakah mengemukakan hanya seorang calon bagi berdepan calon BN, sebenarnya memberi peluang yang sangat cerah kepada calon-calon BN. Pada PRU-13 lalu, kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang misalnya, Dun Bingkor hanya kerana perpecahan undi antara parti-parti. Daripada 48 DUN yang dimenangi BN, tiada kawasan yang menunjukkan kalau dilakukan penjumlahan undi bagi beberapa calon bukan calon BN melebihi undi yang diperolehi calon yang mewakili BN. Dengan situasi demikian, tidak ada asas mendakwa bahawa tiga (3) penjuru atau lebih akan menguntungkan calon-calon BN. Malah, ianya merugikan calon BN sendiri seperti mana berlaku di DUN Bingkor yang menyebabkan Datuk Dr. Jeffery Kitingan memang. 

Di Sabah, keadaan satu lawan satu sebenarnya memberi peluang yang baik bagi calon-calon BN untuk menang. Bagi BN negeri, tidak kiralah berapa calon yang mewakili parti-parti pembangkang bertanding melawan calon-calon BN. Hal ini kerana di 48 kawasan, jumlah penyokong BN adalah jauh lebih banyak berbanding penyokong pembangkang kecuali di 12 kawasan di mana penyokong BN seimbang dengan pembangkang. Maka, apabila berlaku pertandingan 3 penjuru atau lebih ianya merugikan BN. Pada PRU-14 akan datang, jika berlaku pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN, maka hal itu lebih memberi peluang yang besar kepada BN untuk menang jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding PRU-13 yang lalu.

Memang benar bahawa tambahan kawasan DUN Sabah akan dibentangkan di DUN Sabah pada Ogos akan datang. Pada persidangan Parlimen selepas itu, pertambahan tersebut akan diterima. Melihat kepada persempadanan yang menyebabkan pertambahan kerusi DUN, tiada jaminan ianya boleh dimenangi BN. Ini kerana sebagai kawasan baru, belum dikenal pasti pola pengundian di kawasan tersebut. Tambahan DUN baru boleh berpihak pada BN dan boleh juga tidak. Namun, jika tiada pertambahan, kemungkinan besar BN akan mengulangi pencapaian tahun 2004 dan tahun 2008 di mana di peringkat DUN dan Parlimen iaitu masing-masing satu kerusi dimenangi oleh pembangkang.

Kepada Tulun Sabah, desaklah semua parti pembangkang untuk bersatu atau bergabung dalam satu bumbung kerana itulah sememangnya harapan BN. Tahniah sekali lagi kerana Tulun Sabah mensyorkan kepada parti-parti pembangkang untuk sebumbung!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook