Latest News

Friday 29 July 2016

RAHMAN Bercakap BENAR!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menang sial betul mp Kota Belud ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Rahman Dahlan tidak habis² mengipas kerjanya... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

RAKYAT negara ini terbahagi kepada yang percaya kepada kata pemimpin dan yang tidak percaya. Mereka yang percaya biasanya mencari kebenaran sesuatu cerita manakala yang sebaliknya pula adalah mereka yang tidak ada usul periksa.
  
Di negara ini terdapat pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang.

Pemimpin kerajaan adalah mereka yang senantiasa menyampaikan sesuatu cerita yang benar kerana mereka itu menjaga integriti kerajaan. Manakala pemimpin pembangkang senantiasa mencari kesalahan kerajaan dan kemudiannya mana-mana kesalahan sedikitpun akan ditokok tambah seolah-olah kesalahan itu menyebabkan dunia kiamat.

Kenyataan atau ulasan Dato' Abdul Rahman Dahlan berkaitan pendedahan DOJ Amerika, sebenarnya satu kenyataan untuk keadilan semua pihak. Sebabnya, DOJ Amerika hanya membuat pendedahan atau tindakan berasaskan pada satu pihak sahaja. DOJ Amerika yang kononnya membela 1MDB akan tetapi syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia itu tidak pernah dihubungi bagi memastikan apakah terdapatnya kebenaran seperti mana dakwaan pihak-pihak tertentu.

DOJ Amerika hanya bersandarkan kepada laporan Sarawak Reports, Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, proksi Tun Dr. Mahathir dalam kumpulan Anti Najib. Sarawak Reports adalah media yang dibayar pihak pembangkang serta mereka yang Anti Najib untuk membuat berbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri. Sangat mudah!

Jika dibaca laporan atau pendedahan DOJ Amerika setebal 136 muka surat itu, isi laporan itu semacam copycat atau copy and paste laporan Sarawak reports, The Age, The Wall Street Journal dan berbagai lagi sumber portal pembangkang tanah air. Apakah ertinya semua itu? Jika DOJ Amerika bertindak telus, sudah tentu melakukan siasatan dua belah pihak dan bukannya bertindak sepihak sahaja. 

Dato' Abdul Rahman Dahlan bertanya kepada DOJ Amerika, mengapa agensi itu bertindak demikian? Siapakah yang mereka mahu wakili? 

Apa yang pelik, DOJ Amerika mengaitkan bahawa ada wang 1MDB yang dicuri oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan, syarikat itu tidak pernah membuat aduan bahawa ada wang yang dicuri atau lesap.

Berbagai agensi kerajaan Malaysia yang menyiasat syarikat itu tidak menemukan bahawa ada wang syarikat yang hilang. Malah, melalui laporan juru audit bertauliah tidak pernah menyatakan bahawa ada wang syarikat yang hilang. Tiada sebarang tanda-tanda termasuk “note the account” laporan audit bahawa ada wang syarikat yang diselewengkan bahkan apatah lagi lesap.

Bagi mereka yang percaya kepada kenyataan atau ulasan pemimpin kerajaan, sudah tentu akan pelik. Laporan DOJ Amerika itu sebenarnya mewakili pihak mana? 

Dato' Abdul Rahman Dahlan sebagai seorang pemimpin kerajaan mempunyai obligasi mempersoalkan tujuan tindakan DOJ Amerika itu dan pada yang sama bertanggungjawab menyatakan sesuatu yang benar. Malangnya, bagi mereka yang memang anti kerajaan tegar mempersoalkan tindakan Pengarah Strategik Barisan Nasional tersebut. Tindakan itu memangpun diduga kerana mereka sudah tertutup hati masing-masing untuk menerima kebenaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook