Latest News

Monday 11 July 2016

RCI PATI SABAH Tiada Kaitan Dengan Doris Jones

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiada sebab kenapa RCI TIDAK DIKELUARKAN atau DITUNDA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones tidak ada merit mengulas berkaitan RCI (Pati) Sabah atas sebabnya dia sendiri merupakan pelarian di negara orang.

RCI PATI Sabah adalah cara kerajaan mengetahui dan menelusuri apakah berlaku pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing melalui pintu belakang atau tidak mengikut peraturan atau undang-undang pemberian kewarganegaraan.

Menggali atau memeriksa maklumat bukan kerja mudah kerana ianya memerlukan masa yang panjang. Atas sebab itu, RCI PATI Sabah memerlukan masa untuk mengenal pasti apakah memang terdapat pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing tanpa melalui prosedur undang-undang.

RCI PATI Sabah, memang bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sebagai misalnya, seperti mana diumumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, 49,000 kad pengenalan tidak dituntut atau mengandungi maklumat yang tidak jelas telah dikeluarkan daripada rekod Jabatan Pendaftaran Negara.  Jabatan itu, masih meneruskan pemeriksaaan kepada seluruh maklumat yang tersimpan dalam rekod jabatan itu dan apabila sudah muktamad akan diserahkan kepada Jawatankuasa RCI (Pati) Sabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin Kitingan untuk tindakan selanjutnya.

Individu seperti Doris Jones pula yang tidak ada kena-mengena berkaitan urusan Jawatankuasa RCI Pati Sabah, memang mudah membuat berbagai dakwaan kerana tidak mengetahui bagaimana proses mengenal pasti berbagai temuan RCI (Pati) Sabah yang diumumkan pada Disember 2014. RCI (Pati) Sabah yang diumumkan itu, hanya berasaskan laporan hasil temuduga berbagai individu atau dokumen yang dikemukakan dan bukannya berasaskan kepada rekod yang berada dalam Jabatan Pendaftaran Negara.  Bagi mengenal pasti andaian-andaian itu, maka jawatankuasa post RCI (Pati) Sabah telah mengarahkan Jabatan Pendafaran Negara itu menggali maklumat yang tersimpan dalam rekod jabatan tersebut. Menggali maklumat bukannya boleh dibuat dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan masa yang panjang.

Jawatankuasa post RCI (Pati) Sabah akan membuat keputusan muktamad sebaik sahaja semua maklumat diperiksa dengan teliti agar tidak timbul lagi masalah di kemudian hari.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook