Latest News

Wednesday 20 July 2016

SABAH FOR SABAHAN Pendekatan Politik Sempit


PARTI Bersatu Sabah (PBS) sudah buktikan sebelum ini bahawa pendekatan politik sempit tidak akan ke mana-mana dalam suasana politik yang semakin hari semakin berkembang. Memang diakui bahawa PBS dapat menumpang kepada pendekatan politik sempit untuk masa 9 tahun namun akhirnya pendekatan itu perlahan-lahan berakhir.

Hakikat sebenar perlu diterima di mana pendekatan politik sempit melalui pendekatan 'Sabah for Sabahan', sebenarnya telah ditolak sejak tahun 1999 lagi dan diganti melalui ruang politik yang lebih menyeluruh dan luas. Kini, ada pemimpin tertentu dan yang pasti pembangkang masih menggunakan pendekatan itu kononnya satu pembaharuan kerana melihat pendekatan politik negeri jiran iaitu Sarawak.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air khususnya di Sarawak dan Sabah, pendekatan Sarawak sejak akhir-akhir ini, sebenarnya telah diguna pakai di Sabah sejak tahun 1985. Sebenarnya, pendekatan para pemimpin  Sarawak tersebut terbelakang 30 tahun dan hanya mereka yang tidak melihat kembali perjalanan politik Sabah masih mengguna pakai pendekatan 'kenegerian'.

Biasanya, kecenderungan politik tidak mudah untuk kembali ke takuk lama. Cara berpolitik semasa pemerintah USNO berbeza dengan cara berpolitik semasa pemerintahan parti Berjaya, demikian juga cara pemerintahan PBS jauh berbeza dengan cara pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Tiada persamaan antara cara pemerintahan tersebut dan atas sebab itu, parti yang senantiasa dinamik yang akan senantiasa mengikuti perkembangan semasa dan akan terus bertahan serta terus mendapat sokongan.

Berpolitik mempergunakan cara lama, sebenarnya hanya tinggal nostalgia. Tiada lagi yang bakal dharapkan melalui cara berpolitik sedemikian. Atas sebab itu, PBS yang mempunyai pendekatan demikian mengubah caranya dan bersetuju dengan cara berpolitik sesuai dengan perkembangan masa apabila menyertai semula BN pada tahun 2002.

Cukup memeranjatkan apabila Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar daripada Parti UMNO mempergunakan pendekatan 'Sabah for Sabahan'. Sedangkan, beliaulah salah seorang pemimpin yang menolak pendekatan itu sejak tahun 1990. Apakah MP Semporna itu sudah kehilangan “touch” terhadap politik Sabah? Ataukah sedang bingung dan tidak tahu apa yang perlu dibuat?

Rakyat Sabah, terasa pelik bagaimana Shafie mempergunakan pendekatan 'Sabah for Sabahan', sedangkan beliau tiada rekod mempergunakan pendekatan itu. Pendekatan itu adalah pendekatan yang dilakukan pada tahun 1985 lagi dan telahpun ditolak oleh rakyat. Siapalah Shafie jika dibandingkan dengan Tan Sri Pairin Kitingan dan adiknya Dr. Jeffery Kitingan  yang mempergunakan pendekatan itu semasa PBS berada di puncak kuasa. Tan Sri Pairin Kitingan telah mengakui bahawa pendekatan itu sudah lapuk dan tidak berjaya lagi untuk menggamit sokongan rakyat Sabah. Walaupun Jeffery masih mempergunakan pendekatan itu, ianya hanya sekadar bersifat setempat dan tidak menyeluruh. 

Menang dalam politik, pendekatan perlu mendapat sokongan menyeluruh dan bukannya bersifat ‘in-situ”.

Shafie hanya menggali kuburnya sendiri apabila mempergunakan pendekatan Sabah for Sabahan. Mantan Naib Presiden UMNO itu, tiada rekod memperjuangkan hak-hak Sabah, baik sebagai ahli politik mahupun sebagai menteri persekutuan. Umum mengetahui bahawa projek-projek yang dilaksanakan di Sabah bukannya membela atau membangun rakyat Sabah tetapi lebih bersifat bermotifkan kewangan. Tiada rekod yang boleh dibuktikan Shafie bahawa beliau membela rakyat Sabah kerana semasa menjadi menteripun, tiada rekod yang menunjukkan bahawa pelaksana-pelaksana projek-projek di bawah kementerian beliau dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri atau kontraktor yang berkaitan dengan kerajaan negeri melainkan semuanya dilaksanakan oleh pihak-pihak di luar Sabah.

Shafie tidak boleh mengaburi mata rakyat! Beliau perlu menerima hakikat bahawa masa depan politik beliau sebenarnya sudah berakhir sebaik sahaja melangkah keluar daripada parti yang memberi beliau kedudukan.

Benarlah kata aktivitis politik Sabah, saudara Musli Oli bahawa Shafie dijajah seperti besi buruk malahan lebih teruk lagi kerana ramai yang menganggap MP Sempora itu sudah menjadi surat khabar lama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook