Latest News

Monday 18 July 2016

SATU DAKWAAN FITNAH DAN DANGKAL Keperluan Jumlah Jururawat Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini lagi satu isu yang patut SABAH YB atau KERAJAAN NEGERI buka... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

Bagi mereka yang terlibat dengan Jabatan Kesihatan di Sabah, sama ada yang bekerja sebagai jururawat, bidan dan pembantu perubatan tahu benar bahawa dakwaan Doris itu adalah dakwaan dangkal dan fitnah. 

Kementerian Kesihatan telah menyediakan berbagai pusat kesihatan yang melatih para jururawat, bidan atau pembantu perubatan yang tersebar di seluruh negara.  Bagi mereka yang mahu menambah pengetahuan, bergantung kepada jadual-jadual latihan atau kursus dan boleh menghadiri di mana-mana di seluruh negara. Untuk pengetahuan Doris yang dangkal ini, bagi peserta dari Sabah untuk hadir berkursus di negeri-negeri lain perlu mendapatkan 'kelulusan khusus' kerana biasanya latihan atau kursus demikian digalakan dijalankan di mana seseorang itu berasal.

Memang benar, dahulu Yayasan Sabah pernah menyediakan perkhidmatan doktor udara sebabnya banyak kawasan belum dibina pusat-pusat atau klinik kesihatan. Namun, pada masa sekarang boleh dikatakan semua pelosok Sabah sudah dibina klinik-klinik kesihatan malah hospital. Oleh kerana semua kawasan telah dibina klinik-klinik kesihatan, maka tidak perlu lagi perkhidmatan doktor udara Yayasan Sabah berikutan kemudahan tersebut sudah tersedia di klinik-klinik atau hospital.

Adalah satu dakwaan bodoh bahawa jururawat yang terlatih dibuang kerja atau diberhentikan.  Bukan mudah mendapatkan jururawat yang terlatih. Sedangkan, buruh berpengalamanpun tidak mudah dibuang, inikan pula jururawat. Fikir-fikirkan!

Apabila seseorang itu bodoh seperti Doris Jones, maka apabila membuat kenyataan terlihat sangat kebodohannya. Alahai! Ramai juga yang bodoh, tetapi tidaklah sangat menunjukkan kebodohan mereka seperti si pelarian ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook