Latest News

Wednesday 13 July 2016

Shafie Afdal - "Bukan KING MAKER Dalam UMNO Sabah"...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Wah kerja tidak berfaedah UMNO yakni membazir... Oleh BLOGGER Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)
(ii) Naahh....dtng sudah mo memujuk... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

BAHANG POLITIK SABAH kembali membara. Kalau sebelum ini, bahang politik tanah air panasnya hanya terasa di sekitar Semenanjung, kini bahang tersebut telah merebak ke Sabah. Mujur angin yang meniup bahang tersebut sekadar sepoi-sepoi bahasa, kalau tidak ia boleh menyebabkan kebakaran besar sekaligus berupaya menghanguskan institusi UMNO Sabah yang telah berakar umbi di negeri ini hampir 22 tahun lamanya.

Terkini suhu politik negeri ini kembali naik bila berlaku penggantungan keahlian Datuk Seri Shafie Afdal daripada UMNO sehingga menjurus beliau keluar meninggalkan UMNO dalam merangka masa depan politik yang penuh liku.

Senario politik terbaharu itu mengundang beberapa pemimpin bahagian dan cawangan UMNO dalam kawasan Parlimen Semporna mengambil keputusan untuk meletak jawatan secara 'in-block' sebagai protes kepada pucuk pimpinan yang tidak bersetuju terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Shafie Afdal selaku Ketua Bahagian UMNO Semporna dan Naib Presiden parti.

Tindakan oleh segelintir penyokong peribadi Shafie itu, diwar-warkan oleh parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan kononnya 'tsunami politik' bakal melanda negeri Sabah dengan kawasan pantai Timur pencetus permulaan tsunami tersebut. Sebaliknya, mengikut congak para penganalisis politik tempatan, hal seperti yang pembangkang war-warkan itu tidak lebih 'indah khabar dari rupa'. Hal ini kerana kekuatan Shafie dilihat tidak secara total dan holistik. 

"Strength politik Shafie hanya berlegar di kawasan Semporna sahaja dan tidak menyeluruh".

Sempadan pengaruh politik Shafie yang terhad tidak memungkinkannya menganggu-gugat solidariti UMNO Sabah keseluruhannya. Bahkan, ramai berpendapat perpecahan dalam UMNO Sabah sifatnya ibarat seperti, 'goreng pisang panas' rasanya sedap dimakan ketika masih hangat tetapi bila mulai dingin rasanya sudah jauh berbeza.

Lain skripnya akan berlaku kepada UMNO Sabah sekiranya pemimpin yang menghadapi masalah sebagaimana yang dialami Datuk Seri Shafie Afdal berlaku kepada pemimpin seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak. Ini sekadar mengambil satu perbandingan dengan pemimpin ini berdasarkan kepada senario politik Sabah hari ini. Jika masalah tersebut berlaku ke atas pemimpin berkenaan, maka di situ UMNO dilihat akan berdepan masalah besar. Ini kerana Salleh dilihat lebih 'powerful' dari segi pengaruh berbanding Shafie bahkan lebih cekap mencatur laluan politiknya jika dibanding Shafie.

Bagi pemerhati politik tanah air, harus diingatkan Salleh adalah 'King Maker dlm UMNO' berdasarkan kekuatan beliau di peringkat grass roots, ketokohan selain pakar dalam mencatur strategi politik serta mampu menarik sokongan pemimpin lain yang berada dalam UMNO. Juga, kekuatan yang paling jitu dilihat dimiliki pemimpin ini, beliau pernah beberapa kali jatuh namun tidak pernah walau sekalipun rebah dalam survival politiknya berbanding Datuk Seri Shafie Afdal yang hanya sekadar digantung keahliannya dalam UMNO sudah gelabah sehingga sanggup membakar titian yang telah lama dijadikan tempat meniti bagi mencapai hasrat dan cita-citanya dalam politik tanah air. 

Hakikatnya sekarang, Shafie bukanlah KING MAKER dalam UMNO Sabah...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook