Latest News

Wednesday 20 July 2016

Shafie Tidak Akan Ke Mana...


Datuk Seri Shafie Afdal, bukanlah pemimpin politik Sabah yang boleh mengerakkan massa. Tiada rekod di kawasan lain di Sabah selain Semporna, MP Semporna itu boleh menggamit sokongan massa.

Shafie, menjadi pemimpin kerana faktor parti UMNO, bukannya faktor lain. Tiada rekod di Sabah, sebelum beliau menyertai parti UMNO yang menunjukkan beliau sebagai pemimpin.

Sebenarnya, parti UMNO telah melahirkan ramai individu menjadi pemimpin. Bagi mereka yang menyertai sumbangan parti itu terhadap seseorang yang menjadi pemimpin, maka akan terus setia bersama parti itu di kala susah dan senang. Namun, bagi mereka yang tidak mengerti atau telah merasakan bahawa mereka tiada keupayaan lagi, biasanya mencari helah dan musabab untuk keluar parti bagi menghidupkan semula  kedudukan mereka dalam politik. 

Sejarah membuktikan tidak ada mantan pemimpin yang dilahirkan UMNO boleh mengulangi kedudukan mereka di luar parti kecuali dua orang iaitu Dato Seri' Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar boleh menghidupkan semula kedudukan politiknya diluar UMNO kerana latar belakangnya sebagai aktivis khususnya melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Manakala Tengku Razaleigh kerana statusnya dihormati di kawasannya, Gua Musang. Namun, rekod itu tidak terdapat pada Shafie.

Keluarnya Shafie daripada UMNO tidakpun dapat menarik majoriti para pemimpin atau ahli UMNO untuk ikut sama kecuali mereka yang mempunyai hubungan peribadi dengan MP Semporna itu seperti ADUN Sulabayan, Jaujan Sambakong. Jaujan, bukan pemimpin yang dilahirkan UMNO, beliau dilahirkan oleh Shafie. Manakala, beberapa ketua cawangan beserta beberapa ahli parti yang ikut keluar hanya kerana terhutang budi kepada mantan Naib Presiden parti itu. Terhutang budi kerana mereka ini mendapat habuan projek semasa Shafie diberi kedudukan sebagai menteri. Mereka yang ikut bersama-sama Shafie sebenarnya tiada pilihan kerana kekalpun dalam parti, tidak akan dapat memberi sumbangan kerana mereka itu disifatkan sebagai kumpulan sokong membawa rebah.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa apabila berlaku pergolakan dalam parti, maka parti semakin kuat kerana para pemimpin dan ahli yang setia akan terdorong untuk bekerja keras mempertahankan parti.  

UMNO Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman, akan terus kuat atas sebab Ketua Menteri itu telah membuktikan kepimpinan sejak kemasukan UMNO ke Sabah. Rakyat dan ahli UMNO tahu bahawa perjuangan Musa, senantiasa komited kepada parti di kala senang dan susah. Rakyat tahu bahawa komitmen Musa terhadap rakyat, tidak dapat diragui lagi kerana beliau buktikan sejak tahun 2003 lagi bahawa keutamaan beliau adalah membela rakyat serta membangunkan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook