Latest News

Monday 18 July 2016

SIAPA Yang Mewarisi Kepimpinan Tun Mustapha, MUSA Atau SHAFIE?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SIAPA BERPENGARUH BESAR DI SABAH ANTARA MUSA AMAN DAN SHAFIE AFDAL... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KALAU dilihat hubungan antara Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal dengan Tun Mustapha ibarat langit dan bumi. Datuk Seri Musa Aman adalah anak didik Tun Mustapha secara langsung manakala Datuk Shafie Apdal tidak pernah menjadi anak didik Bapa Kemerdekaan Sabah tersebut. Shafie adalah anak didik Tun Sakaran Dandai.

Datuk Seri Musa Aman mewarisi perjuangan Tun Mustapha yang tidak pernah menikam atau meninggalkan kawan-kawan seperjuangan. Manakala Datuk Seri Shafie Apdal mewarisi kepimpinan yang menikam kawan seperjuangan. Siapa yang tidak ingat bagaimana Tun Sakaran Dandai menikam Tun Mustapha sehingga Bapa Kemerdekaan tersebut terpaksa keluar daripada UMNO kerana dikhianati. Lihat juga bagaimana Datuk Seri Shafie Apdal mengkhianati kawan-kawan seperjuangan termasuk Dato' Seri Najib Razak. Satu masa, ramai yang cemburu terhadap Datuk Seri Shafie Apdal kerana mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di mata Dato' Seri Najib Razak sehingga ramai yang menganggap MP Semporna itu sebagai 'blue boy' Dato' Seri Najib Razak.

Belum terlalu lama para pemimpin Sabah termasuk Datuk Seri Musa Aman menyokong penuh Datuk Seri Shafie Apdal semasa bertanding Naib Presiden UMNO. Datuk Seri Musa Aman tidak bertanding sebarang jawatan agar perwakilan di Semenanjung tidak menaruh anggap bahawa para pemimpin Sabah tamak kedudukan. Tujuannya, supaya para perwakilan UMNO Semenanjung menyokong Datuk Seri Shafie Apdal untuk menang jawatan Naib Presiden. Fikir-fikirkan!

Tidak sampai tiga tahun, kepercayaan yang diberikan oleh para pemimpin termasuk Perdana Menteri dikhianati. Datuk Seri Shafie Apdal menyerang Perdana Menteri hanya kerana tidak mengulangi kelulusan bagi projek-projek di bawah KKLW dilaksanakan secara tender terhad. Sebabnya, semua kontraktor yang terlibat dalam tender terhad itu hanya berpusing-pusing antara satu sama lain dan semuanya adalah kroni Shafie.


Rakyat Sabah secara umum tahu bahawa semua projek di bawah KKLW yang dilaksanakan di Sabah dilaksanakan oleh kroni-kroni Datuk Seri Shafie Apdal sehinggakan terlalu banyak projek tidak dapat disiapkan. Antaranya Projek Bekalan Air Bersih Kota Belud. Walaupun projek itu menelan belanja RM114juta, namun tiada perubahan terhadap bekalan air bersih Kota Belud itu.


Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana hubungan Tun Mustapha dengan Datuk Seri Musa Aman, maka hanya serkap jarang dan sanggup membandingkan Ketua Menteri itu dengan Datuk Seri Shafie Apdal. Ya! Ini benar dan terjadi seperti mana kita melihat di media sosial seperti facebook. Datuk Seri Musa Aman adalah anak didik istimewa Tun Mustapha kerana Datuk Seri Musa Aman satu-satunya individu atau pemimpin yang berkorban tenaga dan kewangan serta fikiran kepada parti USNO semasa parti itu hampir terkubur. Umum mengetahui bahawa kerana ketersediaan Tun Mustapha membubarkan USNO untuk memberi peluang parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990. Bagi lingkaran pemimpin USNO, mereka tahu bagaimana Datuk Seri Musa Aman bertindak sebagai penumbang dana, tenaga dan fikiran semasa UMNO masuk ke Sabah. Para pemimpin seperti Datuk Seri Shafie Apdal hanya menumpang “tui” kepada pengorbanan Datuk Seri Musa Aman. Ini hakikatnya....

Tuntasnya, membandingkan Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal sebenarnya bagaikan batu dan permata
Datuk Seri Musa Aman sebagai permata, 
Shafie adalah batu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook