Latest News

Wednesday 27 July 2016

Tan Sri Pairin Kitingan BERSARA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PRESIDEN PENGECUT TURUT BERSEKONGKOL MENGHIANATI RAKYAT MENYEMBUNYIKAN KEPUTUSAN RCI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

SEORANG pemimpin, sebenarnya mempunyai perancangan sendiri sejauh mana beliau mahu memimpin tidak terkecuali Tan Sri Pairin Kitingan.  

Pairin yang menjadi Presiden PBS sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1985, sudah 30 tahun memegang jawatan itu. Sementara part-parti komponen BN lain telah berganti kepimpinan yang baru, PBS masih kekal dengan pemimpin asal. 

Mungkin Pairin sudah merasakan bahawa telah tiba masanya beliau berundur dan menyerahkan kepada pemimpin pelapis. Sebagai nota, kenyataan Pairin ingin bersara tersebut dibuat semasa PBS menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun 2015. Lagipun, sebelum PRU-13, beliau telah menyatakan bahawa PRU itu merupakan pilihan raya terakhir beliau.

Berkaitan dengan tugas-tugas beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa (pasca) RCI Pati Sabah, tidak akan terbengkalai kerana jawatan itu tidak semestinya disandang oleh pemimpin politik yang berjawatan. Jawatan itu diberikan kepada beliau kerana pengalaman beliau berkaitan penduduk Sabah, khususnya PATI.

Jawatankuasa pasca RCI (PATI) Sabah sebenarnya menentukan kaedah terbaik bagi mengatasi PATI di Sabah khususnya mereka yang tinggal di negeri ini sejak tahun 70-an lagi.  Bukan mudah mengurus manusia sebab itulah satu peribahasa ada berkata, "lebih senang mengawal 1000 ekor kerbau berbanding seorang manusia".

Kita juga maklum bagaimana susahnya mengawal perairan Sabah walaupun ratusan juta ringgit dibelanjakan dengan berbagai aset ketenteraan namun masih juga berlaku 'penculikan rentas sempadan'.  Dengan keadaan demikian, memang menunjukkan bahawa mengawal pergerakan manusia bukanlah mudah. Atas sebab kesulitan itulah jawatankuasa yang dipengerusikan Pairin memerlukan masa bagi mengemukakan kaedah yang paling terbaik.

Bagi mereka yang semborono atau bertindak kelam kabut, seperti mana ulasan-ulasan atau kenyataan melalui facebook atau media massa, sebenarnya mereka yang tiada kepentingan, dan tiada pengelibatan berkaitan dengan keselamatan negeri, kerana mereka itu, tidak hafalpun, keadaan rumah mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook