Latest News

Friday 22 July 2016

Tiada Timbul Sentimen, PAIRIN Berkata Berdasarkan Pengalaman Beliau

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ayat terakhir sekali... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TAN Sri Pairin Kitingan berkata berkenaan pengalamannya semasa pemerintahan Tun Mahathir. Beliau merasakan bagaimana mantan Perdana Menteri itu bertindak pada individu yang tidak disukai. 

Sabah semasa pemerintahan Tun Mahathir pada tahun 1985 hingga 1994, telah terang-terangan dianak tirikan dalam semua bidang sehinggakan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kadar kemiskinan mencapai angka 20 peratus. Pembangunan infrastrukur terbengkalai kerana Persekutuan tidak menyalurkan peruntukan seperti mana yang sepatutnya. Kemasukan rakyat asing berleluasa kerana kawalan sempadan yang longgar. Memang pada masa itu kurang berlakunya penculikan sebabnya warga asing khususnya daripada Filipina bebas keluar masuk ke Sabah. Mereka membanjiri pekan-pekan dan bandar-bandar di mana pengganas dan penculik dengan mudahnya tinggal di Sabah. Kini, akibat gerakan kerajaan yang memburu pengganas atau penculik dan menutup rapat kemasukan rakyat asing yang tidak berdokumen, maka mereka itu tiada pilihan lagi mendapatkan wang atau pendapatan dan akhirnya memilih menculik untuk mendapatkan wang tebusan.

Kehadiran ESSCom atau ESSZone ini sebenarnya penghalang utama kemasukan warga Filipina ke Sabah. Atas sebab itu, pihak-pihak tertentu yang “undermind” agensi itu adalah melalui berbagai tindakan menculik. Adalah sesuatu yang pelik dengan kawalan yang ketat, siang dan malam dengan dibantu perintah berkurung dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi, tetapi penculik masih juga mampu menembusi perairan Sabah dan berjaya menculik. Pasti ada yang sesuatu yang berlaku!

Tan Sri Pairin Kitingan dalam kenyataan beliau, melihat perbandingan antara pengalaman beliau di bawah pemerintahan Tun Mahathir dan Dato' Seri Najib Razak seperti diibaratkan langit dan bumi. Rakyat Sabah benar-benar terbela di bawah Dato' Seri Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook