Latest News

Tuesday 26 July 2016

TINDAKAN DOJ AMERIKA Satu Rancangan Gulingkan Kerajaan MERBAHAYA!!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) salleh kenapa tidak saman DoJ AMERIKA buat tuduhan palsu... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

APABILA Naib Ketua Pemuda Malaysia, Azwanbro membuat laporan polis terhadap Pengerusi SPRM, mantan Gabenor Bank Negara dan mantan Peguam Negara, kini telah jelas bahawa DOJ bertindak berasaskan satu rancangan menggulingkan kerajaan Malaysia.

Sangkaan kini bahawa DOJ Amerika bertindak atas laporan Sarawak Reports, Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, sebenarnya satu lakonan untuk mengaburi tindakan “pasukan khas” yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB, sebenarnya bekerjasama dengan agensi Amerika seperti FBI dan DOJ.

Terlihat benar bagaimana muslihat yang terkandung dalam pendedahan DOJ Amerika tersebut bahawa mereka tidak langsung mengaitkan Dato' Seri Najib Razak, sebabnya, khuatir akan memang tidak terdapat salah laku yang dilakukan beliau. Matlamat utama kepada pendedahan DOJ itu, sebenarnya untuk mewujudkan satu keadaan bahawa Amerika sedang memburu Dato' Seri Najib Razak yakni tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr. Mahathir sejak 20 bulan yang lalu. Umum mengetahui, semua tindakan kumpulan Anti Najib tersebut gagal dan tidak diterima rakyat majoriti.

Sebenarnya, satu keadaan pelik berlaku dijalankan DOJ Amerika yang mendakwa ada wang 1MDB yang diselewengkan atau hilang atau dicuri sedangkan syarikat itu secara konsisten menyatakan tidak ada wang syarikat yang hilang. Laporan audit syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah, Ketua Audit Negara malah SPRM sendiri menyatakan bahawa tiada duit 1MDB yang hilang. Tambahan, PAC Parlimen juga memutuskan bahawa tidak ada wang syarikat itu yang hilang.

Lakonan DOJ Amerika dengan menamakan beberapa individu sebenarnya mahu memaksa mereka itu membuka mulut apa sebenarnya yang berlaku. Juga, di lain pihak DOJ Amerika bersandiwara dengan menamakan seorang individu sebagai “Malaysian Official 1” (MO1) yang diberi catatan bahawa MO1 ada hubungan dengan dua individu yang disebutkan adalah sebenarnya mahu memaksa Dato' Seri Najib Razak membuat pengakuan atau penjelasan. Inilah permainan kotor!

Melihat kepada permainan DOJ Amerika itu, sudah tentunya sesuai dengan skrip yang dibuat oleh kumpulan Anti Najib, Perdana Menteri dengan itu memberi reaksi segera bahawa para individu yang disebutkan DOJ itu perlu membersihkan nama mereka dan pada masa yang sama, kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk agensi penguatkuasa Amerika. Apa yang pasti menurut Dato' Seri Najib Razak, "lambat laun satu kebenaran akan ditemukan jua".

Adalah malang, jika ada rakyat negara ini terbeli oleh permainan Amerika itu kerana negara itu sudah terkenal dengan memalsukan dakwaan jika mahukan seseorang Ketua Kerajaan atau kerajaan sebuah negara dijatuhkan. Mungkin rakyat negara ini masih segar dalam ingatan bagaimana Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 dan membunuh Presiden Saddam Hussien kononnya Saddam mempunyai senjata kimia pemusnah. Kini, seluruh penduduk dunia tahu bahawa dakwaan Amerika itu bukan sahaja fitnah akan tetapi bohong belaka.

Masa akan menentukan apakah dakwaan Amerika melalui DOJ itu benar atau palsu kerana kita senantiasa percaya dan yakin kepada kebenaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook