Latest News

Monday 18 July 2016

UMNO KOTA BELUD BERGOLAK? Haji Mastan Hassan Tiada Pilihan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)UMNO KOTA BELUD BERGOLAK... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii)Lagi ahli UMNO Sabah bakal ikut jejak Mohd. Shafie... Oleh FB Page GPRS (screenshot)  
(iii) Lagi ahli UMNO Sabah bakal ikut jejak Mohd. Shafie... Oleh Web Malaysia Gazette (screenshot)  

HAJI Mastan Hassan sebenarnya pada awalnya bukan pengikut Datuk Seri Shafie Apdal. Mastan menjadi pengikut dikala bekas Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda itu dilupakan oleh para pemimpin Kota Belud. Dalam kehidupan yang terkapai-kapai, dia mendapat projek daripada KKLW untuk membina sebatang jalan kampung. Dari situlah bermulanya hubungan antara beliau dengan Shafie. Datuk Seri Shafie Apdal adalah pemimpin yang bersifat pecah dan perintah. MP Semporna itu mempergunakan Mastan untuk mendapat sokongan daripada UMNO Kota Belud. Kekuatan kewangan merupakan kunci utama mendapat sokongan.

Haji Mastan Hassan tiada pilihan kerana kekal dalam UMNO pun tiada gunanya memandangkan kebanyakan pemimpin Kota Belud tidak dapat bekerjasama dengan beliau dan sokongannya bersifat sokong membawa rebah. Haji Mastan Hassan hanya melihat pemimpin itu jika mampu memberi sumbangan kewangannya. Jika tidak, maka diburuk-burukkan pemimpin itu. Melihat kelemahan itu, maka Datuk Seri Shafie Apdal memanfaatkannya. 

Biasalah, apabila seseorang mempunyai kekuatan kewangan ada sahaja yang menjadi penyokong.

Bagi UMNO Kota Belud, keluarnya Haji Mastan Hassan daripada parti merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Kehadiran beliau dalam parti bukannya memperkuatkan parti tetapi hanya merosakkan parti. Kata-katanya, “lihat saya, dapat projek, lihat saya, dapat beli kereta Super King”, kamu dapat apa jadi penyokong dan ahli UMNO? Kenyataan-kenyataan demikian kerap beliau ucapkan di kedai-kedai kopi, acara keramaian di kampung dan semacamnya.

Mereka yang keluar daripada parti pada 24 Julai nanti di rumah Saiman Umbang, satu lagi individu yang bersifat seperti Haji Mastan Hassan adalah dialu-alukan oleh semua pihak khususnya Bahagian UMNO Kota Belud. Tiada yang menangis dan sedih apabila kumpulan Haji Mastan Hassan keluar parti kerana memang itulah yang diharapkan sekian lama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook