Latest News

Saturday 2 July 2016

“WUJUD GERAKAN YANG DIUPAH UNTUK MEMBURUKKAN KETUA MENTERI SABAH”

 
KUALA LUMPUR- 02 JUN 2016, “Terdapat usaha yang terancang memburukkan Ketua Menteri Sabah melalui fitnah oleh sebuah gerakan yang telah diupah. Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia telah mendapat maklumat ini dan akan membuat laporan Polis dalam masa yang terdekat. Gerakan ini kelihatan aktif sejak 2 tahun yang lalu tetapi semakin aktif selepas pilihan raya negeri Sarawak baru baru ini. Medium Facebook, WhatsApp dan hebahan mulut menjadi medium utama gerakan ini” kata Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Akar Umbi, UMNO Malaysia.
“Gerakan ini dilihat begitu terdesak kerana mereka tidak mempunyai ruang dan fakta untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa. Mungkin atas alasan ini taktik kotor telah digunakan oleh mereka untuk menyerang kepimpinan Musa melalui fitnah. Mereka mensasarkan Sabah kerana Sabah dilihat sebagai penyumbang utama kerusi bagi Barisan Nasional selain Sarawak”. Katanya lagi.
“Sepanjang 13 tahun Datuk Seri Musa memimpin Sabah rekod telah menunjukkan Musa Aman berada dalam landasan kepimpinan terbaik memimpin Sabah ketika ini. Selepas mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2013 rezab kewangan negeri Sabah hanya berada sekitar 180 juta namun kurang daripada 10 tahun Sabah telah mempunyai Rezab Kewangan 3.2 Billion. Walaupun Sabah telah kehilangan sumber pendapatan utama melalui Balak namun ia tidak menghalang Sabah mendapatkan sumber kewangan dari sektor lain untuk dijadikan modal simpanan wang negeri Sabah”.
“Selain menerima pelabur luar berbilion ringgit setiap tahun projek terbesar Sabah yang berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan ketika adalah Projek yang berimpak tinggi di Sabah di Daerah Sipitang Sabah iaitu Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), di Kimanis Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), di Daerah Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC)”.
“Mempunyai keluasan negeri yang hampir menyamai 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia, diakui agak sukar untuk membangunkan keseluruhan Bandar dan Daerah di Sabah namun ia bukan alasan dan menjadi batu penghalang untuk membangunkan Sabah setanding negeri negeri di Semenanjung Malaysia.
Selain menerima pelabur luar berbilion ringgit setiap tahun projek terbesar Sabah ketika ini yang dapat mengurangkan pengangguran juga adalah Projek yang berimpak tinggi di Sabah di daerah Sipitang Sabah iaitu Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), di Kimanis Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), di daerah Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC)”.
“Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk Sabah melibatkan jalan raya yang menghubungkan antara penduduk kampung ke kampung juga telah berjaya di laksanakan secara berperingkat. Jalan utama penghubung antara daerah Sook sehingga ke Batu Lunguyan. Jalan Kalabakan ke Nabawan, Jalan Kota Belud ke Kota Marudu telah berjaya disiapkan manakala projek terbesar menelan belanja sehinga berbilion ringgit adalah Jalan Pan Borneo yang sedang dalam perlaksanaan”.
“Sabah juga telah diiktiraf sebagai sebuah negeri yang mempunyai keupayaan kewangan bertaraf “AAA” (Triple-A) yang diiktiraf selama 7 tahun berturut-turut. Kecekapan barisan pentadbiran kewangan yang diketuai sendiri oleh Datuk Seri Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri dan Menteri Kewangan juga turut diiktiraf dan di berikan anugerah “Sijil Tanpa Teguran” atau “Clean Bill” selama 15 tahun…Ini tidak termasuk anugerah penarafan empat (4) bintang iaitu penarafan tertinggi di bawah Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara,” Ini tidak termasuk pencapaian program pemulihan hutan seluas 500 ribu hektar yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di bawah Forest Stewardship Council Standard”.
“Atas sebab inilah untuk memesongkan pemikiran rakyat Sabah fitnah jijik telah digunakan untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman, namun akhirnya rakyat akan menjadi hakim melihat bahawa perbuatan fitnah ini tidak akan mampu mengubah minda rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional di Sabah. Sabah akan kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional ini adalah hakikat yang tidak boleh diterima oleh musuh Barisan Nasional”.
Kenyataan akhbar ini dikeluarkan melihat sejak kebelangkan ini wujud pelbagai gerakan yang telah dibangkitkan untuk menjatuhkan ketua menteri sabah baru-baru ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook