Latest News

Friday 5 August 2016

AL-KISAH SLOGAN Sabah For Sabahan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SABAH FOR SABAHAN ITU BAHAYA KATA TAWFIQ... Oleh FB TJ Ajamain (screenshot)
(ii) Tawfiq Tidak Bertanggungjawab – Sabah For Sabahan... Oleh WordPress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot) 
(iii) sebab terlampau banyak PTI dari Sulu, Pakistan dan Indonesia... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iv) memberi mykad kepada pengundi pendatang tanpa izin itu bahaya dari segi keselamatan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMN (screenshot)

SLOGAN 'Sabah For Sabahan', benar-benar secara rasmi menjadi arah perjuangan sebuah parti kerajaan melalui kerajaan PBS bermula tahun 1985 hingga 1994. Malah, ketika itu kerajaan negeri membayar siaran melalui TV3 mengudarakan “Sabahan Will Show The Way” sebuah dokumentari yang berbentuk lagu.

Satu pertanyaan kepada kita, apakah pencapaian slogan itu kepada rakyat Sabah? Soalan ini menjadi teka-teki antara kita sebagai rakyat Sabah dan sungguh dalam pengertiannya. 

Apakah Sabah jadi maju? 
Apakah Sabah mendapat royalti minyak lebih 5%? 
Apakah Sabah juga mempunyai saham dalam Petronas? Atau perkembangan ekonomi Sabah bertambah pesat melalui perwujudan berbagai aktivti ekonomi? 
Adakah Sabah mencapai  Borneosasi? 

Sama-sama kita tahu bahawa pada tempoh tahun 1985 hingga 1994, kadar kemiskinan Sabah melebihi 20 peratus sehingga menjadikan negeri ini sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Sama-sama kita tahu, penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS) hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sebaik sahaja berlakunya perubahan kerajaan daripada PBS kepada kerajaan Barisan Nasional yang ditulang belakangi parti UMNO.

Sama-sama kita tahu, selepas tahun 1994 walaupun bayaran royalti minyak masih 5%, namun manfaat lain yang diperolehi adalah seperti pembinaan SAMUR di Sipitang, SGOT di Kimanis dan kini Lebuhraya Pan Borneo (TRANS BORNEO HIGHWAY).

Sama-sama kita tahu bahawa bajet Sabah yang sebelum ini hanya berlegar-legar pada angka RM1 bilion dan apabila kerajaan diterajui UMNO/BN, bajet negeri terus bertambah malahan pada tahun 2012 telah mencatat rekod baru iaitu RM4.088 bilion.

Sama-sama kita tahu bahawa kini kebanyakan ketua-ketua jabatan Persekutuan di Sabah telahpun disandang oleh rakyat Sabah sendiri di mana ketika mana berkumandang “Sabah for Sabahan” oleh anak watan Sabah suatu ketika dulu, tidak ada bayang-bayang bakal dilantik pada jawatan-jawatan penting seperti Pengarah Kastam DiRaja Malaysia (KDRM Sabah), Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN Sabah) malah Naib Censalor UMS. Kini, sama-sama kita tahu anak watan Sabah bukan sahaja ada yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian, malahan juga sebagai Duta Negara.

Zaman dahulu khususnya apabila ilmu pengetahuan belum menjadi amalan, mungkin konfrontasi boleh mencapai sesuatu tujuan namun apabila berlaku anjakan paradigma di mana manusia bukan lagi menggunakan kepada tenaga kekuatan melainkan akal dan fikiran, maka pendekatan kekerasan atau berbentuk mengancam,tidak lagi diterima pakai melainkan pendekatan kemanusian yang berhemah dengan berpaksi kepada ilmu dan akal, menjadi asas untuk mencapai tujuan.

Kini, Sabah  sejak  13 tahun lalu, setidak-tidaknya telah dapat “redeem” ketinggalan selama 30 tahun itu. Mengapa lonjakan kemajuan Sabah begitu pesat sekali? Jawapannnya, apabila pendekatan pemimpin negeri bekerja sepasukan dengan pemimpin persekutuan untuk memajukan negeri dan rakyat. Sudah menjadi fitrah manusia yang menerima nilai-nilai kemanusian akan membela mereka yang menyokong dan sepasukan. Ini kerana bagi seseorang pemimpin atau kumpulan pemimpin adalah menjadi satu kebahagian atau pencapaian mereka untuk melihat penyokong atau rakyat yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi hidup bahagia dan sejahtera.

Kini rakyat Sabah sebenarnya dalam kedudukan terbela walaupun masih terdapat rakyat yang enggan mensyukuri hasil usaha kerajaan.  Adalah malang sekali apabila ada pemimpin yang mahu kembali ke cara konfrontasi hanya kerana kecewa dan dendam kerana kehilangan jawatan atau kedudukan akibat ketamakan sendiri dan mahukan rakyat kembali ke era kegelapan. Hanya mereka yang tertutup akal sememangnya menerima tindakan seumpama itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook