Latest News

Wednesday 3 August 2016

ANIFAH Sepentas Dengan Pemimpin Pembangkang Sabah? BENARKAH??

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa MT tidak gantung Anifah? soal Shafie pada Musa... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot) (screenshot)

PENGERTIAN sepentas dengan pemimpin pembangkang membawa dua pengertian. Sepentas kerana mahu menumbangkan kerajaan dan sepentas kerana sebagai dan untuk rakyat. 

Datuk Seri Shafie Apdal sepentas dengan pembangkang kerana mahu menumbangkan kerajaan.  Manakala Anifah sepentas kerana untuk kepentingan rakyat secara umum. 

Jika Shafie mempersoalkan mengapa beliau diambil tindakan sedangan Anifah tidak, ianya hanya merupakan dakwaan  “argumentasi” atas sebab beliau sendiri tahu jawapannya.

Nampaknya, Shafie tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau diambil tindakan atas ciptaan beliau sendiri. Beliau terpengaruh dengan "mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan". Kerana nafsu mengejar kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka kawan-kawan yang pernah membantu dan menolong diketepikan untuk kepentingan diri sendiri. Ini hakikatnya. Tak percaya? Tanya Shafie sendiri.

Sebenarnya, Shafie tiada merit lagi mempersoalkan kedudukan para pemimpin UMNO kerana beliau bukanpun ahli parti. Shafie adalah sebahagian daripada pembangkang. Atas sebab itu, bertindaklah sebagai pembangkang. Manakala para pemimpin UMNO atau BN, terpulang kepada mereka bagaimana memberi penerangan atau penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan peranan kedudukan serta bagaimana membela rakyat.  

Kini, para pemimpin UMNO dan BN tidak akan mengenang lagi bahawa Shafie merupakan sebahagian daripada perjuangan. Akan tetapi, akan berdepan dengan beliau sebagai musuh yang perlu dihadapi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook