Latest News

Wednesday 3 August 2016

Apa??? NGO Membela MUSA AMAN?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Musa Yang Patut Malu Bukan Shafie... Oleh Wordpress Beo Kihampau Tohoh

TIDAK ADA bukti bahawa NGO yang kerap mebuat laporan polis itu berkaitan dengan Datuk Seri Musa Aman. Namanya  juga NGO, kumpulan itu tiada kait-mengait dengan kerajaan atau pemimpin kerajaan. Mereka bertindak bebas. ertinya, apa sahaja tindakan mereka itu adalah daripada tindakan mereka sendiri.

Jika NGO itu menyatakan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal patut malu masuk pedalaman, itu adalah pendirian mereka berasaskan fakta yang mereka ketahui.

Mereka bertindak balas atas pencapaian Shafie sebagai menteri yang menjaga luar bandar. Mereka mungkin banyak data yang berkaitan pencapaian Shafie semasa menjadi menteri KKLW. Jika NGO itu mendakwa bahawa Shafie gagal membangun luar bandar Sabah, sebenarnya perkara itu dikongsi oleh banyak pihak.

Sebagai perbandingan, Sabah hanya mempunyai bajet tahunan mendekati RM4 bilion untuk seluruh Sabah bagi semua bidang. Manakala KKLW mempunyai bajet dua kali ganda dan bajet itu hanya untuk pembangunan luar bandar khususnya kemudahan asas seperti jalan raya perhubungan, bekalan air bersih luar bandar, bekalan elektrik dan kemudahan-kemuadahan lain. Namun, apa yang berlaku adalah pembinaan kemudahan-kenuadahan itu tidak dilaksanakan. Akan tetapi, ditukar kepada sesuatu yang bersifat persendirian seperti pemberian tangki biru. Pemberian tangki baru bukanlah penyelesaian jangka panjang untuk bekalan air luar bandar kerana tangki tidak dapat mengeluarkan air. Mengapa demikian? Atas sebab melalui pemberian tangki biru, maka ramai pembekal yang terlibat dan ramailah kroni mendapat kontrak. Justeru, jika projek bekalan air hanya dilaksanakan oleh satu dua kontraktor, ianya tidak ramai yang terlibat. Tindakan Shafie sama seperti memberikan ikan dan bukannya kail. Atas sebab itu, dan sehinggalah beliau dipecat daripada jawatan, masalah bekalan air luar bandar sehingga kini tidak dapat diatasi.

Pembinaan kemudahan-kemudahan asas rakyat sebenarnya tanggungjawab persekutuan. Hal ini kerana itulah asas utama mengapa rakyat Sabah menyertai Persekutuan Malaysia. Semasa proses penyertaan itu, Sabah begitu ketinggalan sekali dalam kemudahan asas. Oleh kerana persekutuan menjanjikan bahawa kemudahan asas akan menjadi tanggungjawab Persekutuan, maka Sabah menyertai pembentukan Persekutuan. Sebenarnya, bukan kerajaan Persekutuan yang gagal menyediakan atau membina kemudahan asas tetapi pemimpin yang diamanahkan tersalah langkah atau keutamaan sehinggakan rakyat Sabah yang menjadi mangsa.

Jika NGO itu menyatakan bahawa sepatutnya Datuk Seri Shafie Apdal patut malu masuk di pedalaman atau luar bandar, sebenarnya mempunyai kebenarannya kerana rekod menunjukkan memangpun Shafie gagal memikul amanah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook