Latest News

Monday 15 August 2016

Bagi Sabah, Ada Perkara Pokok Lebih Penting Berbanding MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Memang si Tangau cakap tida guna cakap pasal Perjanjian Malaysia... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) tahun lalu rakyat biasa buat minta YB buat tuntutan di Adun dan Parliment di tuduh penghasut... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

TIDAK ada salahnya apabila Datuk Seri Madius Tangau berkata “Bigger things than M’sia Agreement”. Sebabnya, MA63 hanya merupakan dokumen. Berbagai interpretasi boleh dilakukan atas agreement atau perjanjian itu. Bergantung kepada siapa yang menginterpretasikannya. Bagi mereka yang berfikiran sempit, hanya berfikiran di ruang lingkup dokumen itu sehingga mereka tidak dapat melihat di luar ruang lingkup perjanjian tersebut. Mereka yang berfikiran sempit itu meletakkan pagar dan penjara di fikiran mereka sehingga menutup ruang untuk melihat apa yang terbaik di luar dokumen perjanjian itu. 

Maksud Madius berkaitan dengan kenyataan itu, memang terdapat ruang yang cukup besar di luar ruang lingkup perjanjian itu. Untuk meneroka ruang itu, maka terletak kepada pemimpin Sabah untuk merungkainya.

Sebagai contoh, permintaan kenaikan royalti minyak Sabah. Isu itu sudah bermula sejak zaman Tun Mustapha sebagai Ketua Menteri. Namun, tidak juga selesai sehingga kini. Mereka yang bercakap soal royalti hanya terpaku pada angka 5% dan tidak terfikir ruang yang lebih besar. Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah tidak bercakap berkaitan kenaikan royalti minyak, akan tetapi bertindak apa yang boleh diperolehi Sabah melalui industri minyak. Melalui cara berfikir itu, maka Sabah mendapat saham dan ekuiti dalam projek-projek Petronas selain mendapat kebenaran menubuhkan syarikat minyak sendiri dengan konsensi 30 peratus daripada kawasan carigali minyak Petronas. 

Cara Datuk Seri Musa Aman itu bukan sahaja mendapat hasil lebih, malahan lebih tinggi berbanding permintaan 20% bayaran royalti. Bayangkan!

Maksud kenyataan Datuk Seri Madius Tangau itu, jangan membataskan diri kepada MA63. Ini kerana Sabah hanya meletakkan pagar dan penjara kepada diri sendiri apabila berbincang dengan Persekutuan. Itulah maksud Madius berkenaan dengan kenyataan beliau itu. Namun, mereka yang sempit fikirannya tidak dapat melihat itu semua. Mereka fikir hanya 'nasi' sahaja yang boleh menjadi makanan ruji. Sedangkan, banyak lagi makanan yang boleh menjadi makanan ruji.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook