Latest News

Monday 22 August 2016

BAHAYANYA Slogan 'Sabah For Sabahan' - Datuk Tawfiq Titingan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Setuju kenyataan headline..selebihnya ucapan beliau pegi laut. Baca dan anda fahami macai tetap macai... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(ii) jadi kalau Sultan Johor laungkan Bangkit Bangsa Johor... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(iii) Sabah Tidak Pernah Masuk Malaysia... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iv) Kepada Tawfik YB TAWAU kalau Sabah ini bukan untuk Sabahan... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(v) Sabah tidak pernah masuk Malaysia... Oleh FB Page Suara Rakyat Suara Keramat (screenshot)
(vi) Kalau UMNO jatuh ramai YB UMNO... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

SLOGAN Pembangkang "Sabah For Sabahan" memang sesuatu yang bahaya dalam konsep bernegara kerana pengertian itu membawa kepada keadaan tertutup Sabah daripada rakyat lain di negara ini khususnya daripada Semenanjung Malaysia.

Tidak ada negara maju di dunia yang bersifat tertutup daripada rakyat lain. Malahan, banyak negara membuka negara mereka kepada rakyat asing untuk perpindahan penduduk contohnya negara Kanada, Australia malah Amerika Syarikat.

Sabah, pada keadaan sekarang masih belum boleh berdikari dalam semua bidang kecualilah kalau Sabah mahu rakyatnya terus terbelakang dalam semua bidang sehingga menjadi negeri mundur. Bayangkan sahaja dalam sektor buruh sama ada di ladang atau pembinaan, rakyat Sabah belumpun menguasainya, apatah lagi bidang-bidang teknologi. Memang benar dari segi tenaga pengajar atau kakitangan awam, Sabah bolehlah berdikari kerana sudah ramai anak tempatan mempunyai pendidikan. Namun, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya terletak pada bidang-bidang itu.

Kemajuan sesebuah negeri sangat bergantung kepada aktiviti ekonomi dan sektor swasta. Atas sebab itu, menutup Sabah hanya untuk rakyat Sabah. Maknanya, menutup Sabah dalam peluang-peluang aktiviti ekonomi. Memang mereka yang senantiasa anti orang luar khususnya daripada Semenanjung adalah mereka yang suka kepada 'aramaiti', apakah cara itu boleh memajukan negeri? Apakah aktiviti aramaiti itu boleh menjadi alternatif kepada kemajuan negeri? Sedangkan, jika rakyat asing yang lain datang ke Sabah selain membuka peluang perniagaan juga dapat menambah pusingan kewangan dalam negeri dan seterusnya menambah daya beli rakyat negeri ini.

Mereka yang tertumpu kepada slogan Sabah for Sabahan sebenarnya mereka yang bertindak mundur ke belakang dan mahukan rakyat negeri ini tidak maju atau singkatnya tetap miskin. Masihkah anda ingat bahawa bermula tahun 1985 sehingga tahun 1994, slogan 'Sabah for Sabahan' sudah dilaung-laungkan dan dipraktikkan. Apa yang rakyat Sabah perolehi adalah satu kadar kemiskinan yang sangat tinggi sehingga negeri ini merupakan negeri termiskin dalam negara.

Datuk Tawfiq Titingan membuat kenyataan berasaskan kepada keadaan yang sebenarnya berlaku iaitu Persektuan Malaysia terbentuk atas sebab kerjasama empat wilayah merdeka, bukannya Sabah masuk ke dalam satu negara yang merdeka.

Kalau diteliti benar, Malaya sudah berkorban atas sebab selepas Persekutuan Malaysia dibentuk status Persekutuan Malaya tidak wujud lagi. Sebaliknya, digantikan dengan Persekutuan Malaysia di mana persekutuan itu mempunyai 13 buah negeri. Memang kalau dilihat demikian, maka status Sabah dan Sarawak semacam diturunkan. Namun, secara praktikal ianya tidak kerana Sabah dan Sarawak mengekalkan konsep kabinet sama dengan Persekutuan Malaysia.

Berkaitan status Sabah dan Sarawak, sebenarnya kerajaan persekutuan tahu benar tentang perkara itu. Atas sebab itu, kerajaan persekutuan bersetuju melihat kembali apa yang dipersetujui semasa membentuk Persekutuan Malaysia termasuklah penurunan kuasa persekutuan kepada Sabah dan Sarawak jika memang perkara itu termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Memang satu perkara yang terlepas pandang bahawa setiap 10 tahun, maka perlu dijalankan semakan berkaitan MA63. Ertinya, mahu melihat pencapaian Sabah dan Sarawak kerana asas penyertaan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaya membentuk 'Negara Malaysia' adalah kedaifan dan keterbelakangan dalam serba-serbi akibat penjajahan British. Penjajah sebenarnya telah mengaut hampir kesemua khazanah Sabah dan Sarawak ke negara mereka untuk membangun semula negara mereka berikutan runtuhan akibat Perang Dunia Kedua yang menyebabkan negara mereka hampir muflis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook