Latest News

Thursday 11 August 2016

BENAR SOGIP Bukti Sabah Punya Visi Jangka Panjang Dalam Sektor Minyak Gas

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah tahu banyak, jangan bagi saja MALAYA MINUM MINYAK SABAH FREE... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Pembangunan SOGIP Bukti Sabah Punya Visi Jangka Panjang Bangunkan Sektor Minyak, Gas – Musa Oleh Web Sayang Sabah (screenshot) (screenshot) 

INDUSTRI minyak merupakan industri padat modal. Atas sebab itu, banyak negara tidak mampu meneroka industri minyak secara sendiri.

Biasanya industri minyak dijalankan oleh syarikat-syarikat besar yang sudah mapan seperti Shell dan kini Petronas (Malaysia).

Petronas juga pada mulanya merupakan syarikat kecil, di mana operasinya bergantung kepada kerjasama dengan syarikat besar lain melalui usahasama.

Kini, Petronas masih lagi melakukan usahasama dalam penerokaan minyak dengan sistem bagi hasil dengan syarikat asing yang lain.

Industri minyak kerana sifatnya padat modal, maka modal yang diperlukan bukanlah ratusan juta ringgit tetapi boleh mencecah bilion. 

Oleh kerana sifat industri minyak yang padat modal, maka bermula tahun 1976 iaitu Sabah diberikan royalti sebesar 5 peratus sebagai bayaran tunai kerana membenarkan syarikat carigali minyak beroperasi di kawasannnya.  Bayaran 5 peratus adalah berasaskan hasil minyak yang dijual.

Sementara masa telahpun berjalan, Sabah akhirnya menuju kemajuan. Maka, bermula tahun 2013, Sabah menubuhkan syarikat industri minyaknya sendiri yang diberi nama M3Energy Bhd. Syarikat Sabah itu mendapat 30 peratus konsesi kawasan ada minyak yang bukan sahaja di wilayah Sabah malahan juga di luar kawasan Sabah.

Kini, Sabah satu-satunya negeri yang mempunyai syarikat sendiri dalam industri minyak dan bersaing dengan syarikat-syarikat besar lain termasuk Petronas sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook