Latest News

Tuesday 2 August 2016

BERSATULAH kesemua Pendusta Atas Dasar Fitnah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) musa Aman baca tulisan saya rupanya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Pen dan Kertas pun Musa Aman takut kihkih... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(iii) Ini, sekali lagi tahniah Jufazli Shi Ahmad... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)

DORIS Jones menemukan pengikut baru dalam dunia bohong dan pendusta. Berpestalah mereka menggunakan siber percuma. Alam maya memang tempat menyimpan semua perkara tidak kira betul atau dusta. Alam maya tidak mengenal itu semua atas kerana tiada akal dan fikiran. Go On!

Manusia yang menggunakan alam maya untuk kebaikan memang berterima kasih kerana satu ruang tanpa had tersedia. Demikian juga mereka yang menggunakan alam maya untuk dusta juga berterima kasih kerana ada ruang tersedia tanpa had untuk mereka.

Oleh kerana alam maya menyediakan maklumat benar dan dusta, maka menjadi tugas bagi mereka yang mahu kebenaran dikongsi oleh para pengguna alam maya. Di situ AFS berdiri. AFS adalah blog sukarela yang menumpukan kepada pembetulan maklumat-maklumat salah atau maklumat dusta agar pembaca tidak dinafikan mendapat maklumat yang betul.

Doris Jones, lebih 4 tahun menggunakan alam maya untuk berdusta. Maka, bertimbunlah dusta yang dibuat oleh pelarian itu. Kini, seorang lagi pendusta muncul dengan berbagai dakwaan, kononnya mengikut rentak Rafizi Ramli yang suka berdusta. Tetapi malangnya, semua dusta beliau sedikit demi sedikit terdedah malah beliau terpaksa berdalih apabila disaman, kononnya 'hanya bergurau’. Sungguh hebat kerja-kerja sebagai pendusta...

Doris Jones sehingga kini menjadi pelarian kerana dusta dan pembohongan yang menyebabkan dia berurusan dengan pihak berkuasa.  Pihak polis menunggu sebaik sahaja pelarian ini menginjak kakinya di Malaysia, pasti dia akan ditangkap untuk bertanggungjawab terhadap dusta dan fitnah yang dia buat.

Anak muda yang yang baru berkecimpung dalam dunia dusta dan fitnah pula hanya menunggu masa. Ini bukan sahaja pengguna alam maya mahu dia dipertanggungjawabkan dusta dan fitnahnya sehingga menafikan penggunaan memperolehi maklumat yang betul tetapi turut sama berdosa kerana terbaca apa yang ditulis apabila telah terhasut.

Pendusta tidak akan mana-mana kerana akhirnya dia akan diminta untuk dipertanggungjawabkan. Tidak hairanlah dia akan menangis menyembah bumi dan pada masa itu semuanya sudah terlambat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook