Latest News

Tuesday, 2 August 2016

BIADAP PAGE PEMBANGKANG MEMAKI MENTERI Kerajaan Sememangnya Tidak Meminggirkan Rakyat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tontolou kau lah kurup yang berkurap... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

KLINIK Kesihatan, bangunan sekolah, jalan raya, bekalan air, elektrik, balai raya siapakah yang membangunkannya? Sudah tentu kerajaan. Selain itu, kerajaan telah banyak membantu dari segi kewangan seperti bantuan untuk warga emas, warga kurang upaya dan bantuan BR1M. Juga, kerajaan memperkenalkan 1Azam, program Mesej, program Kampung Sejahtera (PKS) semuanya untuk rakyat.

Hanya mereka yang tidak mengakui sumbangan kerajaan sahaja yang mendakwa bahawa kerajaan mengabaikan rakyat. Lebih-lebih adanya page pembangkang yang sungguh biadap memaki menteri kerana hanya memberikan kenyataan yang sebenar.

Pernahkah mereka yang mendakwa mengabaikan rakyat terfikir berapa kos yang dibelanjakan kerajaan membina infrastruktur jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, bekalan air, elektrik dan bantuan-bantuan lainnya?  

Biasalah, kalau mereka yang tergolong pembangkang, bulan dan bintangpun diberikan senantiasa tidak akan menerimanya sebagai pembelaan kepada rakyat kerana mereka itu mempunyai matlamat mahu jadi kerajaan. Apabila menjadikan kerajaan kelak, maka perkara sama yang mereka lakukan seperti mana yang dilaksanakan kerajaan.

Malah, mereka itu tidak akan dapat melaksanakan apa yang diperlukan rakyat kerana kekurangan pengalaman sehingga jika berlaku demikian, maka rakyat yang menjadi korban atas sebab mereka itu seperti 'tikus membaiki labu'.

Banyak bukti apabila mereka yang tidak ada pengalaman menjadi kerajaan, rakyat yang menderita kerana mereka hanya itu berlumba-lumba memperkayakan diri sendiri dan akhirnya melupakan rakyat. Berlainan dengan pemimpin kerajaan, kerana sudah ada mekanisme bagaimana memajukan rakyat, maka mudahlah kerajaan menyalurkan segala bantuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook