Latest News

Wednesday 3 August 2016

Cemburu Kepada Kejayaan Najib, MEMANG BETULPUN!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembangkang dengki najib berjaya memajukan negara... Oleh FB Page GPRS (screenshot)
(Ii)Siapa..racun siapa Salleh... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BAGI rakyat Sabah dan Sarawak, memang merasakan benar-benar bahawa sejak Dato' Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, pencapaian beliau melepasi lima (5) Perdana Menteri yang lalu walaupun dijumlahkan pencapaian ke lima-lima mereka.

Manakala di peringkat kebangsaan, rakyat tahu benar bahawa pencapaian Najib begitu baik berbanding dengan pencapaian lima Perdana Menteri yang lalu. Berasaskan kepada pencapaian itu, maka salah seorang yang tidak dapat menerima itu adalah Tun Dr. Mahathir.

Benar apa yang dikatakan Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa jumlah mereka itu tidaklah ramai. Namun, atas sebab jalinan mereka dengan menggunakan media alternatif serta wartawan-wartawan asing upahan, seolah-olah mereka itu menguasai  keadaan. Ya!

Mereka yang termasuk dalam kumpulan yang cemburu kepada kejayaan Najib ini sebenarnya mereka yang mahir mempermainkan emosi rakyat. Atas sebab itu, rakyat diminta agar senantiasa berhati-hati apabila membaca propaganda mereka itu khususnya daripada media sosial. Mereka ini kebanyakannya tidak memperkenalkan identiti sebenar sebaliknya berselindung dengan nama-nama samaran dan tidak dinafikan bahawa mereka itu terdiri daripada pemimpin pembangkang yang berlegar-legar di sekeliling kita.

Kemudahan media alternatif pada masa kini boleh menjadikan seseorang itu men'duplicate' diri mereka kepada puluhan orang dengan argument yang mengarah kepada satu tujuan. Atas sebab itu, apabila kita membaca media sosial seperti facebook, kita nampak satu posting itu mempunyai ramai penyokong. Sebenarnya, penyokong itu berpunca daripada beberapa orang sahaja.

Oleh kerana bertaburannya maklumat yang tidak sahih di internet, maka rakyat perlu berhati-hati apabila membaca berbagai maklumat di internet dan mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa atau pihak-pihak yang diamanahkan seperti pegawai-pegawai kerajaan untuk mengenal pasti kebenaran sesuatu maklumat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook